in

“Alasan amik kucing tu sbb dia kotor?!” – [Video] Gadis Kantoi Curi Kucing Guna Perkhidmatan Kereta Sewa

Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya sekarang ni memang makin tak selamat sampai kucing pun boleh dicuri! Nasib lah rumah sepupu @Qahshahh yang bertempat di Nong Chik Heights, Johor Bahru ini ada CCTV dan boleh lihat kelibat orang yang mencuri kucing milik sepupunya itu.


 

Alasan nak bersihkan kucing kotor

Difahamkan si pencuri itu menggunakan perkhidmatan kereta sewa masa nak curi kucing tersebut. Dalam video itu dapat dilihat seorang gadis ambil kucing tersebut.

Disebabkan itu, tuan kucing tersebut cuba menghubungi perkhidmatan kereta sewa itu, namun agak mengecewakan apabila maklumat pencuri tidak dapat didedahkan.

Walaubagaimanapun, pihak perkhidmatan itu sekali lagi ada mengubungi tuan kucing dan telah memaklumkan agar pihak mereka telah menggesa penyewa yang menggunakan perkhidmatan itu untuk pulangkan semula kucing tersebut.

Dalam masa yang sama keluarga si kucing itu ada mendapatkan bantuan daripada jiran tetangga dan ada individu memberikan butiran nombor telefon yang dikatakan kakak kepada pencuri itu.

Setelah berjaya dihubungi, kakak pencuri itu berikan alasan bahawa dia tak curi cuma nak bantu untuk bersihkan kucing tersebut.

Bagaimanapun, kucing itu telah pun di pulangkan semula. Tetapi, apa yang memusykilkan adalah, kucing itu bau rokok (padahal kata nak tolong bersihkan).

Kucing itu bukan dipulangkan oleh pencurinya tetapi rakannya. Mungkin disebabkan perkongsian video ini dah viral kerana jumlah retweet dah cecah 8.4K sejak dikongsikan di Twitter semalam.

Apapun, diharap lepasni dapat lah kita berhati-hati, zaman sekarang semua benda boleh dicuri.

 

Baca : Comel! [VIDEO] Kucing Ini ‘Main’ Piano Sebab Nak Beritahu Tuan Dah Tiba Waktu Makan

Kucing2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.