in

[Video] Kereta Bezza Masuk Lorong Motosikal, Kena ‘Block’ & Dimaki Penunggang!

Bezza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kalau nak membuat satu perjalanan itu agak rumit jika bergantung pada navigation apps sahaja. Boleh sesat bahkan ada kalanya ia akan menunjukkan jalan yang ‘pelik-pelik’ sampai tiba di kawasan sempit.


Ada kalanya mereka bagi laluan yang tidak sepatutnya dilalui. Dalam video yang dikongsikan di Facebook ini, ada sebuah kereta sedan masuk ke lorong penunggang motorsikal di Lebuhraya Persekutuan.

Giphy 1

Akibat tindakan pemandu itu, beberapa penunggang motor cuba halang kereta tersebut dengan mengerumuni di sekeliling kereta itu.

Salah satu penunggang block kereta itu dan mula maki hamun pemandu tersebut, daripada pemerhatian video tersebut wanita itu seperti golongan di pertengahan umur.

Bagaimanapun, ada netizen mendakwa bahawa kemungkinan wanita itu rujuk aplikasi navigation dan termasuk di lorong motorsikal secara tidak sengaja, malah ada yang mengkritik tindakan pemandu motosikal itu yang memarahi wanita yang agak berumur itu dan mendakwa mungkin wanita tersebut panik.

Bagi mereka jalan nak keluar itu dah dekat, jadi tindakan memarahi pemandu tersebut tidak menyelesaikan masalah.

Boleh tonton video penuh disini..

Kejadian seperti ini tidak berlaku pertama kali. Beberapa minggu lepas ada kereta Toyota Vios melakukan perkara yang sama di Lebuhraya Persekutuan juga.

 

Baca : “Kuat gila impak dia” –  Penunggang Motorsikal Tercampak Lepas Terlanggar Kereta Yang Tukar Lorong Tiba-tiba

Moto

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.