in

[VIDEO] Iklan Kemerdekaan Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen Sebab Sentuh Sensitiviti Kaum?

Ft Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 1

Satu video iklan sempena hari Kemerdekaan telah menarik perhatian netizen, ini kerana elemen yang digunakan dalam video itu dikatakan ada kaitan dengan sensitiviti perkauman.

 

Sensitiviti perkauman?

Video ini tular di Twitter sejak 24 Ogos lalu, iklan berdurasi 1 minit itu memperlihatkan seorang bapa sedang menelaah media sosial sementara anak kecil di sebelahnya sedang melukis.

Si bapa menggunakan perkataan tak sepatutnyat terhadap sesuatu kaum berkenaan kejadian yang berlaku di media sosial, isterinya yang sedang membuat kerja rumah terdengar dan menegur sikap suaminya itu dengan mengatakan agama Islam tidak mengajar umatnya berkata sedemikian rupa.

Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 10

Tidak lama kemudian, anaknya berlari ke dapur menunjukkan kepada ibunya hasil lukisan, lukisan itu berkaitan dengan hari kemerdekaan, ada beberapa individu di dalam lukisan itu yang melambangkan negara ini berbilang kaum.

Bagaimanapun, raut wajah ibunya yang ceria berubah menjadi hambar dan sedih apabila melihat hasil lukisan anaknya itu yang menulis ayat-ayat kesat yang keluar dari ayahnya itu.

Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 11

Dipenghujung video, latar suara anak itu mengatakan :

Saya tidak lahir dengan sikap perkauman, tapi saya diajar, selamat menyambut Hari Merdeka”

Video yang telah meraih 1.9K retweets itu telah mengundang pelbegai reaksi netizen. Boleh tonton video disini

 

Reaksi Netizen

Ada yang membangkang dengan perkataan yang tak sepatutnya yang digunakan, ini kerana netizen dakwa segelintir filem telah disekat daripada tayangan kerana kata-kata sebegitu, namun begitu ada yang beranggapan sebaliknya…

Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 8 Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 7 Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 6 Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 5 Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 4 Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 3

Video Kemerdekaan Dikritik Netizen

Video Kemerdekaan Dikritik Netizen 2 1

Ada netizen lebih mementingkan mesej pada video ini, bagi mereka ia sangat mendalam untuk mengajar orang kita supaya menjaga sensitiviti perkauman itu.

 

Baca : “Perlu ke conteng muka hitam” – Syatilla Melvin Dikecam Sebab Dikatakan Tak Sensitif Promote Produk?

Sam10

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter