Kehilangan insan tercinta seperti ibu bapa merupakan perkara yang sukar untuk diterima. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu kehilangan ibu bapa sejak kecil dan terpaksa membesar tanpa belaian daripada insan tersayang.
Ini apa yang dirasai oleh seorang murid lelaki yang mana bapanya sudah meninggal sejak dia kecil lagi.
Menerusi sebuah video tular di TikTok baru-baru ini, memaparkan suasana dalam satu program ceramah motivasi di sebuah sekolah untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.
Artikel berkaitan: “Syurga buat akak” – Ramai Netizen Puji Keikhlasan Guard Sekolah Ini Melayan Murid Autisme
Artikel berkaitan: Guru Menangis Terharu, Dapat Hadiah Mempelam Dari Anak Murid Sewaktu Majlis Perpisahan
Ceramah motivasi itu dikendalikan oleh Ustaz Muliade iaitu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar.
Dalam video itu, guru tersebut bertanya kepada para pelajar yang bapanya sudah meninggal dunia. Beberapa pelajar dilihat bangun dan guru terbabit sempat mengatakan ceramahnya bukan untuk para pelajar menangis.
Selepas itu, guru tersebut bertanya seorang demi seorang bilakah kali terakhir mereka berjumpa dan apa panggilan yang diberikan kepada insan tersayang. Malah, turut meminta mereka untuk luahkan apa yang mereka rasa.
“Diorang tak tahu… diorang ada ayah, sebab tu diorang tak kisah,” ujar guru itu kepada seorang murid perempuan.
@cikgu_faizura Terima kasih kerana menyantuni mereka. Ustaz muliade Pengetua SMK Air tawar. Ceramah motivasi ting 4 & 5 #ceramahmotovasi #ustazmuliade #rinduayah #ayah
Kemudian, guru itu bertanya pula kepada seorang murid lelaki. Murid tersebut kehilangan bapa sejak darjah 1. Meskipun kini mempunyai ayah tiri, dia menyatakan hubungannya dengan ‘ayah baru’ itu masih belum baik.
“Kalau kau (dituju pada murid itu) diberikan peluang kedua, ayah kau berdiri depan kau sekarang, perkara pertama kau nak buat apa?”
Guru itu kemudian mendepa tangannya lalu murid tersebut berlari memeluknya seolah-olah sedang melepaskan rindu buat bapanya.
Tindakan guru itu bukan sahaja membuatkan seluruh dewan bertepuk tangan, malah netizen yang melihat perkongsian video ini turut meluahkan rasa sebak.
Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi….
Sumber: TikTok