Hujung-hujung tahun macam ni memang tak dapat lari dari majlis perkahwinan, jamuan makan keluarga dan semestinya aktiviti berkhatan. Boleh kata waktu macam yang sesuai untuk adakan semua benda ni.
Tapi, min yakin dalam banyak-banyak acara akhir tahun yang kita tahu, mesti akan selalu ada peristiwa lawak berkaitan dengan khatan adik-adik lelaki kita ni kan? Macam-macam hal haa bila min tengok kat TikTok. Hahaha…
Macam satu video TikTok ni, mesti korang ikut sama tergelak bila tengok gelagat adik ni masa nak berkhatan. Video yang dikongsikan menerusi akaun @hafizjenol ini telah mendapat lebih dari 3 juta views tau!
Mana taknya, gelagat adik ni yang pada mulanya agak takut dan nervous bila dah mula kena baring, terus masuk mod fokus nak main game apabila berikan telefon bimbit. Ayat dia lepas dapat phone tu yang tak boleh blah tu! Hahaha…
“Allahuakbar! Allahuakbar! Jom kita main freefire!” – Adik dalam video
Dalam pada khusyuk main game, adik ni masih lagi tunjukkan kerisauannya dengan berkali-kali bertanyakan tentang keadaan dirinya. Tak lama lepastu, bila ‘Tok Mudim’ mula nak cucuk bius, adik ni kembali gelabah siap mengaji baca surah Al-Fatihah lagi!
Perkongsian video itu telah meraih bermacam reaksi netizen yang majoritinya terhibur sehingga ada yang serba salah untuk rasa gelak ataupun rasa kesian. Bukan tu je, ada juga yang kata adik ni ‘another level’ sebab steady main game masa bersunat.
Takpelah dik, mungkin itu salah satu cara terbaik yang boleh buat awak hilang rasa sakit dan jugak takut kan? Apa-apa pun, semoga cepat sembuh yaa! Dalam berpantang tu, boleh lah sambung main game… Hihihi…
Baca: “Alahai sayangnya dia kat abg” – [VIDEO] Adik Perempuan Nangis Sedih Tengok Abang Kena Sunat