in

“Alahai sayangnya dia kat abg” – [VIDEO] Adik Perempuan Nangis Sedih Tengok Abang Kena Sunat

Page Sunat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah bila dah masuk hujung tahun ni, memang sinonim untuk kanak-kanak lelaki berkhatan. Boleh kata, parents selalu juga lah guna peluang ni untuk bawa anak-anak mereka bersunat di klinik berdekatan.


Tapi, pernah tak korang tengok ada adik perempuan yang menangis teresak-esak sebab nampak abang dia terlantar baring lepas berkhatan tu?

Haa, korang kena tengok video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @erniealwin, yang menunjukkan gelagat anak perempuannya menangis beria sambil jaga abang dia lepas sunat. Eh, macam dia pula yang kena sunat! Hahahaha!

@erniealwin

Spe yg skt spe yg sdih lbih ni…???#fypage #fypシ #tiktokmalaysia #tuhanjagakandiabuatkami

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Dalam nangis beria tu, sempat lagi si kecil ni lap muka abang dia… Alooo, comel! Bukan apa, agaknya ikut sedih sekali tu bila abang dia pun sama menangis lepas efek bius tu dah hilang.

Kerenah dua beradik itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendoakan agar hubungan erat mereka membawa sampai ke tua. Malah ada juga yang memuji hasil didikan ibu bapa mereka. Yelah, dengan BGM pun boleh buat ramai cair dan sedih…

Tiktok Full 3

“Acik nangis sekali ni syg… semoga rasa kasih syg kalian hingga ke ahir hayat ,x kan putus Air dicincang ????” – Komen netizen

Video yang dikongsikan itu kini telah mendapat lebih dari 1 juta views, 100 ribu likes di TikTok. Ada juga yang turut kongsikan video itu di media sosial kerana terhibur melihat gelagat comel anak kecil berdua itu.

Min pun terhibur tengok korang berdua… Comel! Harapnya kekal rapat sampai besar yaa… Jangan gaduh-gaduh pula okay? Untuk si abang, semoga cepat sembuh, awak dah besar ihihi!

Baca: “Menitik air mata” – [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Kakak Tak Nak Tinggal Adik Di Kubur

Untitled 3 9

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.