Peminat muzik Malaysia pastinya cukup mengenali vokalis terkenal kumpulan Sheila On 7 (SO7), Akhdiyat Duta Modjo atau Duta yang sehingga kini menjadi pujaan ramai dengan lagu-lagunya masih menjadi siulan dan sering diputar di radio-radio tempatan.
Kali terakhir SO7 datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert adalah pada 2016 sempena Konsert 20 Tahun Sheila On 7 dan baru-baru ini terdapat desas desus yang mengatakan kumpulan berkenaan seakan-akan bagi ‘hint’ untuk ke Malaysia tak lama lagi.
Meski agak lama tidak berkunjung ke Malaysia secara berkumpulan atau mengadakan konsert, tak ramai yang tahu sebenarnya Duta ada ke Sabah baru-baru ini, lebih tepat, Kota Kinabalu.
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang wanita di Instagram @nurul_didha yang telah memuat naik sebuah video menunjukkan kedatangan Duta ke rumah ibunya di Kota Kinabalu.
Menurutnya, sebelum ini dia hanya berhubung dengan Duta melalui aplikasi Facetime dan tidak menyangka bahawa vokalis SO7 tersebut sudi untuk datang ke rumah orang tuanya di Kota Kinabalu bersama isteri dan anak.
View this post on Instagram
Menerusi kapsyen posting tersebut, dia yang berada di Kuala Lumpur tidak menyangka yang Duta akan melawat ibu bapanya di KK dan dia turut berterima kasih kepada artis berkenaan kerana sudi menjenguk kedua-dua ibu bapanya.
“Penat baca dm suruh cerita perkara sebenar”
Menurutnya lagi, dia menerima banyak mesej untuk menjelaskan perkara sebenar tentang kehadiran Duta ke rumahnya dan dia menjelaskan secara ringkas yang rumah tersebut hanya boleh didatangi oleh sepupu sahaja.
Dalam masa yang sama, Nurul sempat berseloroh dengan mengatakan siapa-siapa yang berasal dari Sabah sudah boleh ‘claim’ yang Duta merupakan sepupu mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut ‘mengaku’ sepupu kepada Nurul selain ada juga yang minta dia memujuk Duta untuk mengadakan konsert selain mengumumkan tarikh konsert di Malaysia.
Sumber : Instagram