Sebagai pengguna jalan, pastinya kita akan peka dengan garis panduan yang telah diterapkan, bahkan boleh fikir dengan logik kalau berada di persimpangan yang ada lampu isyarat, biasanya barisan paling kanan khusus untuk orang yang nak belok ke kanan dan untuk jalan terus selalunya tunggu di barisan tengah atau kiri.
Bayangkan bagaimana kekecohan berlaku jika pemandu kereta tersalah masuk lane, terpaksalah nyalakan lampu isyarat untuk tukar barisan, tapi kalau motor mesti sempat untuk ubah masa lampu merah, kalau tidak ia akan jadi macam ni.
Jatuh motor salahkan orang lain
Dalam satu video di Facebook, tular satu rakaman yang telah menarik perhatian netizen kerana tindakan salah seorang penunggang di Persimpangan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan pada 21 September lepas.
Video 25 saat itu memperlihatkan banyak kenderaan seperti kereta dan motor sedang berhenti menunggu lampu isyarat jadi hijau.
Namun, ketika lampu dah tukar warna hijau dan kenderaan lain mula bergerak, penghantar makanan FoodPanda ingin belok kanan bersama kenderaan lain tetapi kelihatan seorang pakcik nak jalan terus.
Bagaimanapun, disebabkan kesemuanya ke kanan kecuali dirinya, salah seorang penunggang FoodPanda secara tak sengaja terlanggar pakcik tersebut sampai terjatuh dari motor.
Disebabkan itu, penghantar FoodPanda lain cuba bantu pakcik tersebut dan penghantar yang terlanggarnya berpatah balik ke arah pakcik itu.
Bagaimanapun pakcik tersebut cuba untuk serang penghantar makanan tersebut tapi dilihat seperti sempat dielak.
Berikut video penuh:
FoodPanda tu betul dah – Netizen
Akibat tindakan itu, ramai yang mengecam tindakan pakcik tersebut kerana bagi mereka terang-terangan pakcik itu memang salah.
Haih! Kalau marah sekalipun tak payah lah sampai nak guna keganasan.
Baca : “We salute u!”[VIDEO] Tolong Pakcik Tolak Motor, Tindakan Rider Foodpanda Raih Pujian Netizen