in

[VIDEO] Doktor Indonesia Ditangkap Secara Paksa Gara-gara Dedah Skincare Influencer Mengandungi Hidroquinon

Review Skincare Ada Hidroquinon Doktor Ditangkap

Seperti yang semua sedia maklum, penggunaan bahan seperti hidroquinon di dalam produk kecantikan adalah sangat merbahaya.

Hal ini kerana ia bakal memberi side effects yang buruk kepada pemakai jika ia digunakan pada tempoh yang lama dan sekaligus menyebabkan kerosakan kepada kulit.

E8Kmetkveaucgk

Jadi ia sudah menjadi tanggungjawab seorang doktor untuk menyebarkan ilmu tentang hal tersebut, namun di Indonesia, seorang doktor didakwa telah ditahan gara-gara mendedahkan mengenai skincare seorang influencer yang katanya mengandungi bahan terlarang itu.

 

Dr Richard Lee ditangkap kerana review skincare? 

Menerusi sebuah tweet dari netizen Indonesia, viral video memaparkan seorang doktor bernama Richard Lee yang didakwa ditangkap polis secara paksa.

Penangkapan itu katanya dilakukan gara-gara tindakannya mendedahkan produk kecantikan seorang influencer di Indonesia, Kartika Putri yang katanya mengandungi hidroquinon.

Menerusi video itu dapat dilihat isteri tertuduh terpinga-pinga dan merayu saat suaminya ditahan polis. Malah dia juga bingung atas sebab apa suaminya ditahan.

Suami saya ditangkap paksa oleh polisi, emang hukum begini ya asal main tangkap paksa aja, suami saya kok diperlakukan seperti kriminal dan teroris??” tulis isteri Richard.

 

Ditahan sebab mencemarkan nama baik influencer

Menerusi satu laporan media Indonesia, Kartika Putri sebelum ini telah membuat laporan dengan mengatakan Dr Richard telah mencemarkan nama baiknya dengan memuat naik sebuah video di Youtube mendedahkan produk yang menggunakan hidroquinon.

Menerusi video itu, Dr Richard katanya telah membawa beberapa sampel skincare dari Kartika ke lab dan membuat ujian yang mendedahkan jumlah hidroquinon di dalam produk tersebut yang sangat tinggi.

Walaupun pernah menggunakan singkatan nama Karput (Kartika Putri) di dalam video tersebut, Dr Richard mengakui ia bukan ditujukan kepada Kartika kerana Karput juga boleh jadi singkatan kepada nama orang lain.

“Karput itu ada banyak ya, Kartono Putra juga Karput, karpet putih juga Karput, saya ngak pernah tag loh beliau. Yang jelas di sini subjeknya tuh banyak,” kata Richard.

 

“Pihak berwajib harusnya menangkap influencer krim pemutih berbahaya, bukan menangkap doktor” 

Video penangkapan doktor tersebut telah menaikkan kemarahan netizen di Indonesia yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis yang kasar dalam penangkapan Dr Richard.

Menurut netizen, masyarakat wajar mendapatkan ilmu sebaiknya mengenai bahaya produk pemutih yang mengandungi hidroquinon supaya tidak mendapat kesan buruk di kemudian hari.

Jahat Bangat Komennya

Pun begitu, pihak polis Indonesia kemudian membuat kenyataan baru mengatakan tujuan mereka menangkap doktor itu ialah bukan disebabkan kes berkaitan influencer terbabit tetapi adalah disebabkan tindakan Richard memasuki akaun Instagramnya sendiri tanpa kebenaran pihak polis.

Pihak polis yang sedang menyiasat kes itu telah mengambil alih IG Richard kerana terdapat bahan bukti berkaitan kesnya dengan Kartika Putri. Oh macam tu pulak. 

Apa-apapun diharapkan wanita di luar sana berhati-hatilah kalau nak guna apa-apa jenis skincare. Pastikan korang siasat dulu isi kandungannya sebab bimbang ada side effects buruk pulak. 

Baca: “Ngaku salah sendiri, dari yang dok melenting” – Netizen Puji Sikap Positif Influencer Lepas Dikompaun Sebab Langgar SOP

Influencer

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter