in

[VIDEO] Ditinggal Kekasih Saat Akhir, Lelaki Bakar Duit Hantaran & Pergi Honeymoon Sorang Diri

Collage 18 E1650072413901

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul apa yang orang cakap, dugaan makin berat untuk pasangan yang bertunang atau tengah merancang untuk berkahwin. Sebab tu banyak kisah pasangan yang tak jadi kahwin walaupun banyak perkara dah dirancang.


Baru-baru ini, seorang pemuda ada memuat naik video di TikTok selepas majlis pernikahannya dibatalkan oleh kekasih di saat akhir.

“Cara awak bercinta bukan macam yang sana nak”

Menerusi video yang dimuat naik itu, lelaki ini menunjukkan yang dia telah membakar sekeping cek dipercayai wang hantaran sebanyak RM15,000 beserta kad undangan perkahwinannya.

Screenshot 2021 10 11 At 12.20.13 Pm Side

Bila awak batalkan perkahwinan sebulan sebelum hari bersejarah kita.”

Bukan itu sahaja, lelaki ini turut tunjukkan yang dia terpaksa pergi berbulan madu sendirian di Langkawi yang sepatutnya menjadi kejutan untuk bakal isterinya itu.

Tempat sepatutnya kita berbulan madu. Saya merancang nak buat kejutan untuk awak.

“Tapi awak pernah cakap, ‘cara awak bercinta bukan macam yang saya nak.'”

Screenshot 2021 10 11 At 12.22.15 Pm Side

Di akhir videonya, lelaki ini mengatakan yang dia berharap agar bekas kekasihnya itu dapat jumpa orang yang lebih baik daripadanya.

Moga awak jumpa yang lebih baik kerana saya pun layak dapat orang yang lebih baik.”

“Akan dapat someone better”

Video yang dimuat naik oleh @ferd.mansor ini telah pun mendapat tontonan lebih 1 juta dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan lelaki ini dan mendoakan agar dia akan dapat orang yang lebih baik selepas ini.

Screenshot 2021 10 11 At 12.15.29 Pm Down

Semoga bro ni kuat dan diberikan kebahagiaan yang lebih baik tak lama lagi…

 

Baca: “Nak kahwin boleh pula buat ujian math” – Wanita Batal Perkahwinan Serta Merta Sebab Bakal Suami Tak Hafal Sifir 2!

Screenshot 2021 10 11 At 12.26.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.