in

[VIDEO] Comelnya! Ramai Cair Tengok Gelagat Budak Kecil Ini Buat-Buat Merajuk

Fi Sofia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kaum Adam sekalian, betul ke sebenarnya kaum Hawa ni complicated? Susah sangat ke korang nak faham apa yang perempuan nak? 


Sebab, pada pendapat min lah kan…sifat ‘complicated’ ni bergantung pada seseorang. Ada je lelaki yang complicated dan ada je perempuan yang mudah difahami dan memahami. 

Contohnya macam si kecil dalam satu perkongsian di laman TikTok ini. Comel je nak merajuk pun bagi warning awal-awal!

@armanmohamad649

♬ bunyi asal – armanmohamad649 – armanmohamad649

Video yang dikongsikan melalui akaun peribadi @armanmohamad649 ini telah berjaya mencuri perhatian para netizen dengan gelagat budak perempuan bernama Sofia ini. Dalam masa sehari sahaja, video berdurasi hanya 15 saat yang menunjukkan keletah Sofia buat-buat merajuk ini telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 3 juta penonton!

“Tak bagi tak apa lah, Sofia merajuk lah”

Walaupun masih kedengaran pelat, tapi keletahnya tu buat ramai yang geram tengok gaya si cilik Sofia ni merajuk! Menurut video tersebut, Sofia dilihat pura-pura merajuk dengan lelaki yang dipercayai merupakan Ucunya. Di ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang diberikan oleh para netizen!

Ada yang terhibur dan cair melihat keletah Sofia itu. Namun, ramai juga yang memuji kecomelan kanak-kanak yang baru berusia dua tahun ini!

Komen Sofia 8

Pun begitu, ada juga yang beranggapan mungkin Sofia dah terbiasa dengar keluarganya ‘buat-buat merajuk’ macam tu sampai dia juga turut terikut.

Komen Sofia 9

Nampak tak? Sebenarnya ada je perempuan yang tak complicated dalam dunia ni…

Baca: “Laju betul!”- [VIDEO] Cubaan Lari Rumah Budak Kecik Ni Buat Ramai Terhibur

Baca Merajuk

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.