in

[VIDEO] Comel! Pengantin Tetap Turun Mengundi Walaupun Di Hari Perkahwinan

Undi Di Hari Kahwin Pru 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi hak dan tanggungjawab rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan memilih calon serta parti yang akan memerintah negara ini bagi tempoh 5 tahun akan datang.


Oleh itu tak kiralah dalam apa jua keadaan, kalau korang sihat dan berkemampuan untuk keluar mengundi, jangan lepaskan peluang ini dan buatlah pillihan yang tepat demi masa depan negara.

Pasangan pengantin pun keluar mengundi! 

Hari ini, sepasang suami isteri telah dirakam pergi ke pusat mengundi dalam keadaan berbusana pengantin.

Menerusi video yang tular di TikTok, pasangan tersebut dilihat berjalan berpimpinan tangan menaiki tangga untuk ke saluran mengundi yang ditetapkan. Comelnya! 

@deenadinishvivekananda

undi hari election ❎ undi hari kahwin ❎ congrats on new beginning, for u and us all. #banyakcantikla #deenadinishvivekananda #malaysia #pru15

♬ Our Perfect Wedding – Dicka YP

Undi hari election ❎ Undi hari kahwin :White_Check_Mark: Congrats on new begining, for you and us all,” tulis kapsyen video.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata memuji tindakan pasangan tersebut yang tetap pergi membuang undi walaupun hari tersebut merupakan hari perkahwinan mereka.

Kahwin Undi

Tak ada excuse untuk tak mengundi ya gais! Tahniah dan selamat pengantin baru! 

Baca: “Salah SPR, saya kena jumpa pengarah” – Pengundi Di Setiawangsa Berang SPR Tak Benarkan Mengundi

Pengundi Setiawangsa Tidak Dibenarkan Mengundi

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.