Kucing bukan sahaja haiwan yang mempunyai perwatakan yang comel dan manja, malahan ‘nakal’ juga.
Sifat semulajadi si bulus yang ‘nakal’ inilah yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya tidak dapat menolak kecomelan mereka.
Seperti dalam satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam sebuah rumah ini, aksi seekor kucing ini berjaya menarik perhatian netizen sehingga tular di platform media soial.
‘Sakan’ bermain, ekor disambar api lilin
Pada awalnya, si kucing kelihatan sedang ‘sakan’ bermain dan bergurau senda bersama dengan seekor anjing peliharaan tuan mereka.
Kucing tersebut dilihat berada di atas meja yang turut diletakkan lilin pewangi yang sedang menyala sebelum secara tiba-tiba bulu ekornya yang kembang dan lebat itu disambar oleh api lilin berkenaan.
‘Selamba’ tengok api bakar ekor
Apa yang melucukan, kucing itu kelihatan ‘selamba’ sahaja melihat api yang sedang membakar ekornya itu tanpa ‘menggelupur’ lari untuk cuba memadamkannya.
Haiwan kan takut api.
Perbuatannya itu seolah-olah api yang membakar itu tidak menyakitkan dan ia terus dilihat kekal ‘tenang’ di atas meja itu sambil melihat api yang marak membakar bulunya itu padam dengan sendirinya.
Anjing pun ‘join’ tengok api bakar ekor
Apa yang lebih menghiburkan, anjing itu juga dilihat berulang-alik cuba untuk menolong si bulus tetapi ia tidak tahu bagaimana cara untuk memadamkannya sehinggalah pada akhirnya ia juga turut bersama-sama dengan si bulus memerhatikan api itu padam.
Aduhai, main sama-sama, member terbakar tengok je.
https://www.facebook.com/100005465074659/videos/1479331482259007/
11,000 likes & 30,000 shares
Video yang pada awalnya dimuat naik di akaun TikTok itu kemudiannya tular sehingga ke Facebook sehingga berjaya meraih lebih daripada 11,000 sukaan dan 30,000 kongsian.
Alahai, ekor kembang sangat tu. Tu yang tak rasa kena sambar api.