Seperti yang kita sedia maklum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 berlangsung minggu lepas, Berita Harian melaporkan bahawa seramai 50,000 pengunjung membanjiri Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada hari pertama, sudah semestinya orang ramai yang akan bersesak-sesak di kawasan itu.
Namun begitu, disebalik kemeriahan PBAKL itu, satu video tular di Twitter memperlihatkan pengunjung yang membawa OKU mengalami masalah untuk membuat laluan dek kerana ada peniaga disitu.
“Dah lah ini je satu-satunya laluan nak ke lif”
Dalam video yang berdurasi 26 saat itu, individu yang dikenali sebagai Ahmad Faiz cuba untuk melepasi halangan daripada seorang peniaga yang meletakkan banyak barang jualan sampai banyak makan ruang.
Kejadian ini dikatakan berlaku di satu laluan ke lif untuk naik ke jejantas yang menghubungkan WTC KL ke Sunway Putra.
Ada satu masa kerusi roda tersekat sebab terkena tong jualan air minuman itu, kata Faiz, peniaga itu hanya cuma tengok sahaja.
Dalam masa 14 jam, video ini telah meraih lebih daripada 1,300 jumlah retweets dan ramai rakyat Malaysia yang bengang dengan sikap peniaga itu.
Siapalah yang luluskan boleh letak gerai dekat kaki lima ni. Dahlah ini je satu-satunya laluan nak ke lif untuk naik jejantas (penghubung PWTC-Sunway Putra). Ini nasib baik aku datang dengan kawan, bolehlah dia tolong clear jalan, kalau datang sorang? #PBAKL2022 pic.twitter.com/IKKsEEr7ts
— Ahmad Faiz (@faiztobeng) June 7, 2022
Kalau arah tutup nanti keluar isu kaum tak majulah – Netizen
Kesian juga dengan nasib-nasib OKU kat Malaysia ni, ramai yang anggap ia satu perkara remeh, tu yang sampai tiada common sense bina tapak perniagaan tu.
Baca : “Buat content pun agak2 lah” Tular Pura-pura OKU Demi Parking, Pemuda Mohon Maaf