in

“Buat content pun agak2 lah” – Tular Pura-pura OKU Demi Parking, Pemuda Mohon Maaf

2 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular video berkenaan dua orang pemuda yang membuat content di Tiktok yang dilihat seperti mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU).


Melalui klip yang tersebar itu, lelaki ini memberitahu bahawa dia sukar untuk mencari tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah bertempat di Lembah Klang.

Oleh sebab itu, dia dan rakannya meletakkan kereta mereka di ruang khas untuk OKU lalu rakannya berpura-pura ‘cacat’ sebagai alasan mereka parking di situ.

Perkara itu menimbulkan kemarahan orang ramai dan turut mendapat perhatian presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang turut menyelar perbuatan mereka melalui laman twitter peribadinya.

Ahli Dewan Rakyat itu juga menuntut mereka agar membuat permohonan maaf terbuka kepada komuniti OKU.

Pemilik video tampil mohon maaf

Sehubungan dengan itu, lelaki tersebut tampil melalui video Tiktok barunya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada komuniti OKU.

Melalui video berdurasi 3 minit itu, lelaki dengan nama pengguna @iswanishak itu membuat permohonan maaf dan mengakui bahawa klip asal itu adalah content semata-mata.

Mungkin video tu saya tak habis nak bercerita, salah saya. Dan betul video itu adalah content, dan Ajim, kawan saya sengau melakonkan balik apa yang kita nampak dalam realiti masyarakat” – @iswanishak

Pemuda itu turut menjelaskan perihal asal video tersebut adalah untuk menunjukkan realiti sebenar yang berlaku, di mana masih ramai orang menyalahgunakan kemudahan yang disediakan kepada golongan OKU, termasuklah ruang parking khas.

Dengan ini saya ingin memohon maaf jika video ini telah membuat semua orang rasa marah dengan sikap saya, terutamanya kepada YB Ras Adiba sebagai orang kuat persatuan OKU, saya memohon maaf. Saya faham, saya tahu, saya jelas dengan penjelasan yang YB terangkan pada saya masa tu.”

Meskipun video itu tidak lagi berada di akaun Tiktok pemuda itu, namun ia telah tersebar di laman sosial lain, terutamanya di Twitter.

Lepas ni, beringatlah sikit sebelum nak buat content tu ya… Jaga sensitiviti dan hormat semua orang, okay?

Baca: “Tak tahu kat mana lawaknya” – Tular Video Geng Basikal Persenda Golongan OKU Gunakan Tandas Khas

4 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.