Pelakon Nadzmi Adhwa berasa terkilan apabila isterinya, Ardell Aryana masih lagi menjadi sasaran kecaman netizen walaupun sudah pulang dari misi kemanusiaan ke Gaza.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Nadzmi mempersoal pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Ardell.
“Lah ingat bini aku dah balik dah okay, tak puas hati juga ke? Pergi salah, balik salah.
“Ikutlah, Ambillah dunia ni ya. Yela korang je lah betul. Baiklah saya salah, Alhamdulillah,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Korang nak simpan bini dalam rumah, silakan” – PU Rahmat Pertahan Tindakan Ardell Aryana Sertai Misi Sumud
Artikel berkaitan: Ardell Dedah Ada Individu Mahu Beri Upah RM5,000 Semata-mata Untuk Jejak Lokasinya?
Kenyataan itu ditulis dipercayai selepas Ardell yang juga ibu kepada dua orang anak menyertai pelayaran kedua Global Sumud Flotilla 2.0.
Bagaimanapun, penyertaan kali kedua pelakon itu telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial yang mana segelintirnya mempertikaikan keputusannya memandangkan dia pernah mengalami kecederaan dalam misi sebelum ini.
Difahamkan, Ardell dan beberapa peserta GSF yang lain termasuk Heliza Helmi, Hazwani Helmi telah selamat pulang ke tanah air. Mereka bagaimanapun tidak berehat tetapi menyambung khidmat bakti mereka di Sumud Nusantara Command Center (SNCC) yang terletak di Sepang.
Sumber: Threads
