in

[Video] Bapa Rantai Leher Anak 11 Tahun Dengan Anjing Sebab Dah Tak Tahu Macam Mana Nak ‘Ajar’

Rantaianakdengananjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain orang lain caranya nak didik anak, ada yang menggunakan ketegasan dan ada juga yang gunakan kaedah psikologi. Tapi cara bapa ini ‘ajar’ anaknya memang pelik.


Tergamak bapanya merantai anak leelaki yang berumur 11 tahun bersama anjing peliharaan dengan alasan supaya tak nak kanak-kanak terbabit berkelakuan nakal.

 

“Ayah denda saya”

Tujuan ayahnya melakukan tindakan kejam tersebut adalah untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu tidak berkelakuan nakal dan sentiasa duduk diam apabila dia bekerja di Heyuan, Guangdong,China.

Rakaman video yang memaparkan kanak-kanak diikat lehernya dengan rantai logam tebal bersama ikatan anjing peliharaannya sedang berkeliaran di kawasan perumahan itu mendapat tumpuan . penduduk setempat. 

Menurut Dailymail, kanak-kanak tersebut didenda oleh bapanya ketika ditanya sebab kenapa dia dilakukan demikian rupa sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

 

Selalu berkelakuan nakal, sampai ayahnya tak tahu nak buat apa

5832570 6358201 Image A 86 1541508704743

Bagaimanapun ikatan leher kanak-kanak itu telah dilepaskan sejurus polis tiba, menurut penyiasatan dia tinggal bersama ayahnya selepas pasangan itu bercerai.

Menurut ayahnya, kanak-kanak ini selalu buat onar, rasa macam tiada pilihan lain untuk ‘diajar’ selain rantaikan anaknya bersama anjing peliharaan sepanjang masa dia tengah bekerja.

Namun pada hari tersebut kanak-kanak itu berjaya keluar rumah, disebabkan kes ini ayahnya telah diberi amaran oleh pihak polis.

Baca: Guru Tadika Disiplinkan Pelajar Nakal Dengan Ikat Mulut dan Tangan, Jadi Bualan Ramai

Kenedera2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.