in

[VIDEO] Ambil Tugas Arwah Ayah, Netizen Sebak Tengok Bapa Saudara Dukung Pengantin Masa Banjir

Ft Pengantin Dukung Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh @oohlysa , memaparkan seorang lelaki sedang mengangkat seorang wanita yang bakal bernikah sambil mengharungi air yang bertakung di hadapan sebuah rumah telah meraih perhatian netizen.


Pengantin perempuan, Syasya Sazwina Zawari berkongsi peristiwa dia diangkat oleh bapa saudaranya, Zainuddin Mohammad di sebuah homestay yang terletak di Rompin, Pahang.

“Ramai ingat tu ayah saya, sebenarnya itu bapa saudara saya” – Syasya

@oohlysa

this video that i recorded before the akad nikah really makes me wanna cry ??? @• Awin • #banjir

♬ Sempurna – DENII

Menerusi video tersebut, ramai orang berpendapat bahawa lelaki tersebut merupakan bapa kepada Awin (nama panggilan Syasya), tetapi sebenarnya itu adalah bapa saudaranya yang mengambil alih tugas menjadi wali wakil untuk majlis setelah bapa Awin meninggal dunia.

Oleh kerana paras air di rumah mereka semakin naik, Awin terpaksa menunggu di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar atas arahan bapa saudaranya yang lebih mesra dengan panggil Pokde.

“Apabila tok kadi sampai terus dia panggil dan minta izin nak dukung ke pelamin sebab tak nak saya basah. Itulah yang membuatkan saya sedih dan terharu. Lepas tu dia redah lagi sekali air untuk minta bunga tangan saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut Awin, tok kadi sudah pun sampai di bahagian luar homestay untuk majlis akad nikahnya yang berlangsung pada hari Sabtu.

Difahamkan, arwah bapa Awin telah meninggal dunia pada 26 DIsember 2021 akibat penyakit darah tinggi.

Screenshot 2023 03 06 165927

“Saya sebak sangat dengan Pokde walaupun ayah tak ada, masih ada lagi bapa saudara yang peduli dan ambil berat dan pikul tanggungjawab pada hari majlis saya. Sedih juga mengenangkan ayah pada masa tu. Kalau dia ada mesti dia gembira tengok,” kata Awin.

“Dengan aku sekali nangis” – Netizen

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 3.8 juta jumlah tontonan serta meraih 617K jumlah likes dalam masa dua hari.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan momen indah yang dikongsikan oleh Awin itu dan ada juga netizen yang meluahkan rasa rindu kepada ayah mereka.

Screenshot 2023 03 06 165020

Bukan senang nak ambil alih tugas seorang ayah ye.. :’)

Sumber : mStar

Baca : [VIDEO] Satu Khemah Lap Air Mata Tengok Pengantin Peluk & Dukung Ibu Sampai Menangis

Ft Pengantin Lelaki Cium Ibu Buat Ramai Sebak 728X383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.