in

[Video] Aksi 30 Bomoh Indonesia Bergabung Hantar Sihir & Roket Peluru Berpandu Ghaib Dekat Israel

Bomoh4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden sedang berlaku kepada saudara islam kita di Palestin ini sudah semestinya meruntun hati rakyat Malaysia dan negara-negara lain.


Dalam rasa sedih itu, pastinya terpalit rasa marah apabila melihat foto dan video-video kekejaman zionis Israel lakukan kepada insan-insan lemah ini.

Sebagai tanda sokongan dari jauh, ramai orang akan melakukan apa sahaja menunjukkan tanda sokongan kepada mereka. Tapi cara ini agak lucu sedikit buat segelintir netizen.

 

30 bomoh bergabung hantar sihir dekat Israel

Sihir
Sama seperti orang lain yang ingin membantu rakyat Palestin, satu video daripada laman YouTube menunjukkan sekumpulan bomoh dari melakukan satu ritual untuk cuba membela nasib rakyat Palestin dengan menghantar sihir kepada Israel.

Video itu dikongsikan melalui saluran YouTube milik Kang Ujang Busthomi, seorang YouTuber dan pendakwah bebas dari Indonesia. Dia berkunjung di satu kawasan di negara tersebut untuk melihat ritual para bomoh menghantar sihir dan peluru berpandu ghaib ke Israel.

 

Hire Jin untuk protect Palestin daripada serangan roket, sihir akan sampai dalam masa 2 hari.

Bomoh

Dalam video berdurasi 22 minit itu, dia menjelaskan bahawa dia menerima undangan daripada bomoh-bomoh tersebut untuk melihat sendiri upacara tersebut.

Ketika proses ritual, salah seorang daripada bomoh yang mewakili geng bomoh Nusantara menyatakan bahawa mereka mahu membantu Palestin saat ditanya YouTuber tersebut.

Bomoh itu juga menyatakan bahawa mereka menyediakan jin untuk jaga Palestin daripada serangan roket Israel. Katanya lagi, proses menghantar sihir ini akan mengambil masa 2 hari untuk sampai Israel.

Video itu mula viral dan mendapat perhatian daripada netizen Indonesia, termasuklah Malaysia sendiri. Selain terhibur menonton video ini, rata-rata juga mendoakan kesejahteraan Palestin.

Bagaimanapun, video ini telah meraih hampir 700,000 jumlah tontonan sepanjang 3 hari ia dimuatnaik.

Hurm, agak-agak sihir tu dah sampai ke belum? Apa pun, valid atau tidak bomoh-bomoh ini masih tak tahu.

 

Baca : “Kenapa tak pandang kamera?” – Netizen Persoal Cara Da’i Syed Bercakap Tak Pandang Kamera, Rupanya Pernah Terkena Sihir?

Syed

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.