in

Video Accident Tular Bukan Sebab Jalan Berminyak, Tapi Sebab Nak Elak Lopak Air – Polis

Untitled Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini di media sosial, netizen heboh memperkatakan tentang satu kemalangan tular melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas melanggar tembok ketika sedang melalui simpang masuk ke Subang Jaya dari Lebuhraya Persekutuan.


Menerusi rakaman tersebut, sewaktu kemalangan berlaku turut kedengaran suara perakam yang didakwa sebagai individu di sebalik perbuatan khianat mencurahkan minyak di atas laluan tersebut.

Bagaimanapun menerusi laporan Berita Harian hari ini, polis tampil menafikan dakwaan bahawa kejadian itu berlaku akibat jalan berminyak — sebaliknya berpunca apabila pemandu kenderaan terbabit cuba untuk mengelak lopak air di kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata — siasatan mendapati kejadian melibatkan kereta jenis Honda Insight yang dipandu seorang wanita itu berlaku pada 17 Julai lalu kira-kira pukul 1 pagi.

Whatsapp Image 2020 08 15 At 12.28.12 Pm

Ia diperoleh berdasarkan siasatan dan keterangan daripada saksi yang membantu mangsa ketika kejadian.

Bagaimanapun, polis masih lagi sedang menyiasat sumber rakaman tersebut dan orang ramai diminta berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang video yang belum dipastikan kesahihannya untuk mengelakkan kegusaran pengguna jalan raya lain.

 

Baca: [VIDEO] Wanita Ini Sanggup Berdiri 7 Jam Di Lubang Saluran Air Ketika Hujan Lebat Supaya Tiada Kenderaan Kemalangan

Captureee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.