in

“Very small & really cute” – Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kompak Malaysia

trump kereta kompak malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini berhasrat untuk melihat pengeluaran kereta kompak dan digunakan di negaranya selepas beliau mengamati populariti model seumpama itu ketika lawatannya ke Asia, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan reka bentuk kereta itu sebagai ‘sangat kecil’ dan ‘comel’ dan berfikir bagaimana sambutan jualannya di AS.


“Jika anda pergi ke Jepun, Korea Selatan dan Malaysia, mereka mempunyai kereta yang sangat kecil… Sangat kecil dan benar-benar comel.

“Kebanyakan pengguna berminat dengan pengeluaran kereta bersaiz kecil, namun pengeluar kereta sebelum ini tidak dibenarkan membina kereta seperti itu.

“Saya sudah memberi kuasa kepada Setiausaha Jabatan Pengangkutan untuk meluluskan pengeluaran kereta berkenaan dengan segera, jadi rakyat akan dapat membelinya,” katanya kepada media di Rumah Putih.

Artikel berkaitan: PMX Dedah Trump Ingin jumpa KPN, AS Kagum Dengan Keselamatan Negara

Artikel berkaitan: Trump Dikatakan ‘Tak Dapat Menahan Diri’, Puji PMX Ketika Berucap Di Korea Selatan

Trump menyatakan kereta kompak adalah sangat baik serta lebih murah dan membolehkan rakyatnya untuk memiliki kereta baharu berbanding menggunakan kereta lama yang kurang memuaskan.

“Syarikat automotif kini boleh mula mempertimbangkan peluang ini,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Jabatan Pengangkutan AS, Sean Duffy mengesahkan bahawa Trump telah mengarahkan kelonggaran peraturan bagi membolehkan syarikat seperti Toyota atau pengeluar lain menghasilkan kereta kompak, mampu milik serta jimat bahan api di AS.

“Kami sudah mempermudahkan semua peraturan supaya mereka boleh membina kereta itu di AS dan menjualnya di pasaran tempatan,” ujarnya.

Sumber: X, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.