in

“Version Sabahan!” – [VIDEO] Keluarga ‘Mixed’ Cukup Semua Watak Upin & Ipin Buat Netizen Terhibur!

page upin ipin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul, betul, betul!

Kalau korang dengar ayat ni, mesti terus terbayang suara Upin dan juga Ipin kan? Terus throwback zaman kanak-kanak dulu. Bukan tu je, semua watak dalam siri animasi terkenal Malaysia tu pun boleh kata sambil pejam mata je boleh cam suara masing-masing.


Muka diorang pun senang je nak kenal. Mei Mei yang selalu bergaduh dengan Mail, Ehsan yang berkawan baik dengan Fizi. Opah dengan Tok Dalang yang rajin layan semua bebudak ni…

Tapi pernah tak terbayang kalau watak-watak dari animasi ni wujud dalam dunia nyata? Haaa, kalau korang tertanya-tanya macam mana rupa masing-masing, boleh lah tengok video dari TikTok yang dikongsikan oleh @sysugaa ni, memang complete semua!

@sysugaa

Main character of Upin Ipin Sabahan version.. real life ! ? #fypシ #sabahancrew_fams #upinipin

♬ original sound – Sys Ugaa – Sysugaa

Difahamkan menerusi video tersebut, keluarga yang berasal dari Sabah itu sememangnya mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai tambah pula dengan campuran dari bangsa-bangsa lain.

“Kau bukan Mei Mei, kau Susanti ni…”

Kelihatan dari video itu, seorang remaja perempuan yang sedang sibuk di dapur dipanggil Kak Ros. Manakala kanak-kanak yang mempunyai potongan rambut sama macam Susanti dan juga disebelahnya kanak-kanak lelaki yang dipanggil Jarjit.

Video yang telah mendapat lebih dari dua juta tontonan dan lebih 370 ribu likes itu telah buat netizen terhibur dan rata-rata mengatakan bentuk wajah mereka memang iras dengan watak seperti dalam bentuk kartun. Akaun rasmi TikTok Upin & Ipin pun sama komen tau!

tiktok full 4

Tak cukup lah kan kalau watak lain ada, tapi Upin Ipin takde? Jangan risau! Dua kanak-kanak berkepala botak pun ada juga! Diselit juga dibelakang mereka berdua, adik bermata sepet yang sesuai dengan watak Mei Mei.

Baca: Viral Kubur ‘Upin Ipin’, Ayah Kepada Pemilik Makam Tampil Jelaskan Kisah Sebenar

untitled 3 5

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.