in

Varian Omicron Makin Mengganas di Beberapa Negara, Berikut Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Omicron Apa Yang Kita Perlu Tahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat kita menjangkakan dunia bakal pulih dan kehidupan akan kembali normal seperti biasa, baru-baru ini muncul pula varian koronavirus atau COVID 19 yang dikatakan lebih mudah merebak yang dinamakan Omicron.


Varian Omicron ini pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan menyebabkan beberapa negara di dunia mengetatkan semula sekatan perjalanan kerana bimbang akan penularan tersebut.

Omicron Agensi 1637979443

Berikut antara info yang korang kena take note mengenai Omicron: 

 

Harus waspada dengan Omicron

Menurut CNN, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasfikasikan Omicron sebagai variant of concern (VOC) dan kini mengkaji dengan lebih dekat mengenai varian ini.

Para saintis mengakui kita mempunyai sebab untuk sentiasa berwaspada dengan varian baru kerana tidak banyak yang kita tahu mengenai varian ini termasuklah — sama ada ia lebih mudah merebak, dapat membawa kesan penyakit yang lebih buruk atau apakah kesannya kepada keberkesanan vaksin.

 

Negara yang dikesan dengan varian ini

Setakat artikel ini ditulis, berikut antara negara yang melaporkan kes COVID 19 dengan varian Omicron:

  • Afrika Selatan
  • Botswana
  • Hong Kong
  • Belgium
  • United Kingdom (UK)
  • Jerman
  • Itali
  • Denmark
  • Australia
  • Netherlands
  • Israel

 

Mungkin boleh merebak dengan lebih cepat

Menurut saintis genomics di Afrika Selatan, varian tersebut telah mengalami jumlah mutasi yang luar biasa dengan 30 key spike protein – iaitu struktur virus tersebut yang digunakan untuk menyerang sel badan.

Mutasi ini bakal menyebabkan varian tersebut lebih cepat merebak dan kemungkinan besar mengalami immune escape (antibodi di dalam badan tidak dapat mengenali virus).

Spike Protein Omicorn

 

Omicron bakal kurangkan keberkesanan vaksin? 

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat lepas, pembuat vaksin Moderna kini katanya sedang berusaha untuk mengkaji kebolehan vaksin mereka untuk menentang varian tersebut dan data mengenainya akan boleh diketahui buat beberapa minggu lagi.

Malah menurutnya lagi, jika vaksin dan dos penggalak sekarang tidak mampu melawan varian ini, salah satu cara untuk melawannya ialah dengan memberi dos yang lebih tinggi – yang mana kini masih dalam kajian Moderna.

Vaksin 3

Mereka juga sedang mengkaji dos penggalak spesifik untuk varian Omicron. Perkara yang sama juga dilakukan oleh pembuat vaksin lain seperti Astrazeneca, Johnson & Johnson serta Pfizer-BioNTech.

 

Apa kata pakar di Malaysia? 

Menurut Harian Metro, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, pakar masih belum mengetahui tahap kebolehjangkitan varian Omicron ini dan ciri-ciri varian berkenaan.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu meneruskan pemantauan berhubung varian baharu ini kerana ia mungkin lebih berbahaya daripada varian sebelum ini seperti Beta.

Oleh itu, langkah untuk mengesan individu yang mempunyai sejarah lawatan ke negara berkenaan diperlukan kerana pastinya kita tidak mahu varian yang kita tidak ada data lengkap mewujudkan kluster baharu.

“Perkara seperti ini harus dielakkan dan langkah proaktif diperlukan untuk mendepani sebarang kemungkinan,” katanya.

Jemaah Tabligh Klia Bernama 19092020

Dalam pada itu, kerajaan juga disarankan memanjangkan masa kuarantin dan menambahkan kekerapan untuk menjalani ujian RT-PCR terhadap pengembara.

Harapnya varian baru ini tidaklah masuk ke Malaysia. Ramai pasti bimbang jika lockdown kembali dilakukan semula. 

Baca: “Kajian keberkesanan vaksin sedang dijalankan” – WHO Isytihar Varian Baru COVID-19, Omicron Sebagai Membimbangkan

Omi

Sumber: BH
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.