Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan varian baharu Covid-19 dari Afrika Selatan dengan nama Omicron. Kumpulan penasihat bebas yang memantau virus Covid-19 (TAG-VE) dalam satu pertemuan pada Jumaat telah menetapkan varian jenis ‘Omicron’ ini sebagai ‘varian yang membimbangkan’.
Memetik laporan BBC, varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan beberapa mutasi ini mempunyai ciri-ciri yang membimbangkan. Tambah TAG-VE lagi, buat masa ini banyak kajian yang sedang dijalankan di Afrika Selatan dan di negara lain untuk mencirikan varian itu sendiri dengan lebih baik dari segi kebolehjangkitan, kadar keparahan dan sebarang kesan ke atas tindak balas yang mampu dilakukan seperti penggunaan diagnostik, teraputik atau vaksin.
Namun, setakat ini hanya terdapat sedikit maklumat dan informasi megenai varian ‘Omicron’ ini.
Pihak WHO akan memaklumkan kepada orang ramai dan negara anggota sebaik sahaja mendapat maklumat lanjut. “
Kajian oleh pihak WHO terhadap varian ini dijangka akan mengambil masa beberapa minggu sebelum diputuskan mengenai keupayaannya melawan vaksin. Dalam pada masa yang sama, WHO tidak menolak kemungkinan varian terbaharu Covid-19 ini akan meningkatkan risiko jangkitan semula terhadap bekas pesakit Covid-19 dan juga penerima lengkap vaksin sebelum ini.
Video penuh pengumuman boleh ditonton dibawah yang dimuatnaik oleh @WHO.
The Technical Advisory Group on SARS-CoV-2 Virus Evolution met today to review what is known about the #COVID19 variant B.1.1.529.
They advised WHO that it should be designated a Variant of Concern.
WHO has named it Omicron, in line with naming protocols https://t.co/bSbVas9yds pic.twitter.com/Gev1zIt1Ek— World Health Organization (WHO) (@WHO) November 26, 2021
Baca: UK Tegaskan Varian Afrika Selatan Berbahaya, Ada Potensi Kalahkan Vaksin