in

“US pun nak ‘ban’ app ni!” – 4 Perkara Berbahaya Tentang TikTok Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TikTok merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia dengan sebanyak 1 bilion video telah ditonton oleh penggunanya setiap hari. Kiranya, kalau korang tak ada pun TikTok ni, korang confirm pernah dengar punyalah tentang aplikasi ni.

Semalam, Dewan Pewakilan Amerika Syarikat (AS), telah mengundi satu usul yang mungkin akan menyebabkan TikTok kena ban. Jika usul ini dilaksanakan, ia akan meminta supaya TikTok mengasingkan diri mereka dengan syarikat induknya yang berasal dari China, ByteDance.


Jika TikTok gagal berbuat demikian dalam masa lima bulan, app store di Amerika Syarikat akan menghentikan pengiklanan aplikasi tersebut.

Hasil undian bil tersebut di Dewan Pewakilan AS semalam telah pun mendapat undian majoriti yang bersetuju iaitu sebanyak 352-6 dan bil tersebut seterusnya akan di bawa ke Senat.

240313 Tiktok Capitol Hill Ew 1250P Bbb0A9

Dikatakan, Amerika Syarikat bakal mengimbangi keputusan ini kerana bimbang dengan bahaya yang di bawa dari penggunaan dan populariti TikTok ni. Apa yang bahaya tu? Nak tahu, kena baca…

Artikel berkaitan: Kalau Korang Ada 7 Aplikasi Ni Dalam Phone, Korang Mungkin Sedang Diintip!

Artikel berkaitan: Terinspirasi Dengan Khairul Aming, Imam Buat ‘Live’ TikTok &Facebook Untuk Bina Hotel Di Masjid

1. TikTok sebabkan ketagihan?

Generation Z Christmas Party With Multi Ethnic Friends 1296X728 Header.jpg

TikTok telah berjaya mengalahkan pesaing-pesaingnya apabila ia berjaya menjadi aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia sejak tahun 2020.

Kejayaan TikTok ini adalah disebabkan oleh algoritmanya yang unik dan boleh memadankan video yang sesuai dengan pengguna berdasarkan minat yang dipilih semasa sign up.

Dengan menjejak video yang korang suka dan berinteraksi, video-video baru yang akan keluar di for you page (fyp) makin menjadi khusus untuk korang.

Pengkhususan ini bermakna korang akan lebih mudah untuk menghabiskan lebih banyak masa di aplikasi tanpa sedar. Tak cukup dengan itu, video-video yang pendek dan spesifik ini juga mampu membuaatkan korang kekal terhibur.

2. Membahayakan kesihatan

Gettyimages 14702682691 Custom 0783461B41D29B3C129249175A3B3Dee2D95Eb5A S1100 C50

TikTok yang menawarkan video infiniti ini juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat hilang fokus dan hilang ingatkan sekaligus akan menyebabkan masalah di tempat kerja atau di sekolah.

Aplikasi seperti TikTok bermain dengan reseptor dopamin di dalam otak dan membuatkan seseorang itu ketagih dan boleh membawa ke tekanan dan anxiety.

3. Risiko data terdedah

How To Protect Your Online Business From Scam

TikTok telah mendapat reputasi yang buruk mengenai keselamatan aplikasi mereka. Tapi beberapa pakar keselamatan siber mengatakan penipuan kad kredit dan perlindungan kata laluan perlu menjadi kebimbangan utama untuk orang biasa macam kita ni.

TikTok mengumpulkan maklumat penggunanya termasuk dari penggunaan, peranti, metadata dan cookies. Walaupun maklumat ini tidak dijual kepada pihak ketiga, polisi TikTok mengatakan yang maklumat ini akan dikongsikan dengan rakan kongsi yang dipercayai seperti pengiklan.

Pengumpulan data TikTok juga tak hanya terhad kepada video yang korang tonton tapi turut datang dari mesej. Tak seperti WhatsApp, TikTok tidak mempunyai end-to-end encryption sekaligus menjadikan perbualan korang boleh diakses.

4. Bahaya untuk kanak-kanak?

Gettyimages 697167142 199953

TikTok mempunyai dasar privasi yang berbeza untuk kanak-kanak bawah 13 tahun. Pun begitu, ia hanya terhad kepada kanak-kanak yang tinggal di AS.

Dasar privasi kanak-kanak mempunyai penyekatan yang lebih ketat berbanding dewasa. Pun begitu, ia tetap tak boleh nak membendung niat jahat orang luar yang mahu menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.

Selain itu juga, kanak-kanak turut berisiko untuk menonton video yang mungkin tak sesuai dengan umur.

Jadi, kalau korang risau dengan risiko dari penggunaan TikTok ni, mungkin korang boleh kurangkan digital footprint dengan kurangkan masa di media sosial.

Selain itu, pastikan video-video yang korang post tak dedahkan maklumat-maklumat penting pasal diri korang mahu pun persekitaran yang mudah dijejaki.

Sumber: Stars Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.