in

[UPDATE] “Mangsa alami masalah depresi”- Kenyataan Polis Berhubung Pesakit Disyaki Covid-19 Bunuh Diri Di Hospital Serdang

Feat 23

Ini perkembangan terkini kejadian bunuh diri di Hospital Serdang.

Dilaporkan lelaki tersebut merupakan seorang warga emas berusia 62 tahun yang didakwa membunuh diri semalam di tandas wad 7D Hospital Serdang, malay mail.

Pesakit lelaki tersebut dimasukkan ke hospital untuk tempoh pengasingan diri sebelum didapati mati oleh jururawat bertugas sebelum dimaklumkan kepada pihak polis – Ketua Polis Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof

Katanya jururawat tersebut memaklumkan insiden itu kira-kira pukul 7.40 petang semalam. Pesakit dimasukkan ke wad pada petang Rabu.

Siasatan awal mendapati pesakit mengalami masalah depresi selain turut mengalami selsema, batuk dan kesukaran bernafas selepas ujian Covid-19.

Bedah siasat akan dijalankan dan kenyataan daripada staf hospital berkaitan dan ahli keluarga akan direkodkan.

 

Baca : [TERKINI] Pesakit Disyaki Positif Covid-19 Bunuh Diri Di Hospital Serdang

11111 1