in

“Untuk bagi nampak macam orang hobo”- Anda Boleh Dapatkan ‘Sweater’ Rekaan Koyak Dengan Harga RM6 Ribu

F1 Baju Balenciaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenama Balenciaga sememangnya terkenal dengan rekaannya yang unik dan mewah. Walaupun harganya mahal, namun buat mereka yang berkemampuan dan minat dengan jenama ini, bagi mereka harga tersebut amatlah berpatutan. Nama pun barang branded, mesti lah mahal kan. 


Kali ini, Balenciaga tampil dengan rekaan sweater atau baju sejuk yang unik sebab ianya koyak! Menurut Oddity Central, baju sejuk itu mungkin sesuai untuk si pemakai yang mahu kelihatan seperti mereka baru terselamat daripada dibaham haiwan liar atau pun untuk mereka yang merendah diri dan tidak mahu kelihatan seperti orang kaya.

Lujosa firma española vende suéter con hoyos en MILES de pesos; redes se descosen en burlasVarios usuarios se burlaron…

Posted by Contrapeso on Monday, August 16, 2021

 

Rekaan baju tersebut dikatakan telah mendapat perhatian daripada netizen sebab harga yang ditawarkan untuk pakaian itu adalah $1,450 (kira-kira RM6,082). Fuh, berpeluh nak bayar kalau kita yang beli ni. 

Baju Balen 2

Namun, difahamkan, walaupun ramai yang berpendapat rekaannya biasa-biasa je, baju sejuk ini sebenarnya diperbuat di Itali daripada bulu asli yang berkualiti tinggi. Selain baju sejuk ini, peminat jenama ini juga boleh dapatkan t-shirt dengan rekaan koyak yang sama.

Posted by ร้าน A&P gift shop on Monday, August 9, 2021

Disebabkan rekaan baju yang dikenali dengan nama Destroyed Crewneck ini agak unik, ada netizen yang mengatakan baju sejuk tersebut kelihatan macam baju yang digunakan oleh ayah mereka untuk berkebun.

Baju Balen 3

Apa pendapat korang tentang baju macam ni? Kalau korang kaya, adakah korang akan beli baju semahal ini? 

Sumber: Oddity Central, Balenciaga 

Baca: Beg Terbaru Balenciaga Menyerupai Beg Tote Ikea, Dijual Dengan Harga RM9,450

Beg Balen

Sumber: Balenciaga
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.