Sebuah video tular di media sosial memaparkan penemuan 5 mayat di dalam sebuah bekas besar yang dipenuhi air di temat letak kereta sebuah universiti di Medan, Indonesia.
Menurut laporan Tribunnews, pihak polis menggeledah bangunan Universitas Prima Indonesia (UNPRI) selepas video penemuan mayat itu tular di media sosial sejak Selasa.
Artikel berkaitan: Mayat Wanita Disimen Dalam Bilik Air, KP Selangor Dedah Mungkin Telah Dibunuh Lebih Setahun
Artikel berkaitan: Mayat Lelaki Sudah Berbau Ditemui Selepas 12 Jam, Didakwa Mangsa Kemalangan
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan, Komisioner Teuku Fathir Mustafa berkata, pada awalnya polis mendapat laporan berkenaan penemuan 2 mayat tetapi selepas disiasat ternyata terdapat 5 mayat di situ.
Beliau berkata, pihak kampus cuba menutup lokasi lima mayat berkenaan dan masih menunggu maklumat dari pihak kampus berhubung lokasi mayat tersebut ketika ia ditemui.
UNPRI sahkan mayat-mayat tersebut adalah kadaver
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UNPRI Medan, Kolonel Drg Susanto, meluahkan rasa kesal kerana pihak polis Medan tiada koordinasi ketika melakukan operasi menggeledah di universiti tersebut, Isnin lalu.
Dia kemudian menjelaskan kelima-lima mayat itu adalah mayat atau kadaver yang digunakan oleh pelajar perubatan UNPRI untuk praktikum anatomi, malah Susanto memberitahu, polis tidak membabitkan pihak kampus semasa pencarian.
Sebagai info, kadaver ialah mayat yang digunakan untuk tujuan perubatan khusunya bagi pelajar-pelajar perubatan.
Terkejut kalau jumpa…
Sumber: Tribunnews