in

Unik, Universiti Di Indonesia Adakan Majlis Konvokesyen Secara ‘Drive Thru’

Untitled Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum surut-surut lagi sekarang ni, banyak majlis-majlis besar tergendala dan terpaksa ditangguhkan. Bukan setakat majlis kahwin, konvokesyen pun turut terjejas sama.


Tak syok la kalau grad pun perlu dibuat secara dalam talian je kan? Justeru bagi menghargai pelajar yang telah berhempas pulas bertahun lamanya untuk menuntut ilmu, sebuah universiti di Indonesia tampil dengan kelainan dalam majlis konvokesyennya.

Memetik laporan ANTARA News, Universitas Sebelas Maret di kampusnya yang bertempat di Solo, Jawa Tengah telah mengadakan majlis graduasi menggunakan konsep ‘pandu lalu.’

Kenapa buat secara pandu lalu? Kerana nak mematuhi SOP penjarakan sosial ketika wabak COVID-19 masih lagi menular di republik itu.

Jadi, semua mahsiswa yang terlibat dalam majlis ini akan dibawa menaiki kenderaan seperti basikal, beca dan kereta elektrik sehingga ke hadapan rektor — sebelum gulungan ijazah dihulurkan kepada mereka.

Wisuda3

Namun bukan semua mahasiswa dapat menghadirinya, kerana hanya 15 pelajar yang berjaya grad dengan distinction atau cum laude saja diberi penghargaan sebegitu rupa.

Menarik juga, dapat kenangan majlis graduasi yang lain daripada lain.

 

Baca: “Lain macam konvo dia” – Netizen Terhibur Tengok Majlis Konvokesyen Universiti Di Jepun Ini

Jepun 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.