in

UNIK! Suku Buton Di Indonesia Mempunyai Mata Sebiru Air Laut Sampai Jadi Tarikan Pelancong

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang bila tengok mat salleh mata biru ni teringin jugak. Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak sesuai je kalau orang Asia ada mata biru?


Orang Asia ni selalunya sinonim dengan mata coklat atau hitam, kalau ada yang unik sikit, dapatlah warna kelabu atau hazel, tu pun kadang-kadang kena pakai contact lens kalau nak mata warna lain.

120098171 201882501354499 2319068554300063478 N

Tapi bagi satu suku di Indonesia, dorang dikenali dengan mata berwarna biru sampaikan jadi tarikan pelancong dari pelbagai tempat untuk tengok sendiri keunikan dorang ni tau!

Seorang jurugambar Korchnoi Pasaribu baru-baru ini ada kongsikan keunikan orang-orang suku Buton ini.

119621586 2734331063516279 6872867948327630720 N

Menurut Discover ASEAN, suku Buton ini boleh ditemui di wilayah Sulawesi Tenggara di sebuah pulau bernama Buton.

Di sana, korang boleh temui beberapa kumpulan di dalam suku dorang ni yang mempunyai keunikan mata biru tersebut.

119554934 331761794598687 3082304657498371133 N

Tambah menarik lagi, ada antara dorang yang matanya sebelah hitam dan sebelah biru dan ada yang dua-dua mata pun biru. Tambah pula dengan kulit hitam manis, ia buatkan mata biru dorang tu lagi menyerlah!

119699619 111190707297050 4424969022966519544 N

Kalau korang nak tahu, mata biru dorang ni berpunca dari kecelaruan genetik yang dipanggil Sindrom Waardenburg. Sindrom ini hanya dialami oleh 1 dari 40,000 bayi yang lahir.

Biasanya, orang yang mempunyai sindrom ini turut mempunyai masalah pendengaran. Keparahan masalah pendengaran ini pula berbeza untuk setiap orang.

Dorang juga tak boleh nak melihat cahaya yang sangat terang tapi boleh melihat dengan jelas dalam gelap, lapor PMJ News.

 

Baca: “Cantik, tak sangka rupanya Uighur” – Kenali Dilraba Dilmurat, Aktres Terkenal China Yang Rupanya Dari Etnik Uighur

Screenshot 2020 10 01 At 12.07.52 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.