Sebagai ibu bapa, sudah tentu pemilihan nama anak yang mempunyai makna yang bagus dan baik sangat diutamakan. Nama juga adalah satu aspek penting dalam Islam kerana seseorang itu akan diseru dengan namanya pada hari akhirat kelak.
Namun, seorang gadis di Gedongkiwo, Kabupaten Mantrijeron, Kota Yogyakarta telah dinamakan dengan nama yang paling simple dan terdiri daripada satu huruf sahaja iaitu ‘Y’ oleh kedua ibu bapanya.
Menurut sumber, Y menjelaskan bahawa pada awalnya ayahnya itu ingin menamakannya dengan nama Dasih Utami. Ketika sedang menguruskan untuk mendaftarkan namanya, ayahnya telah mendapat idea untuk memberikan nama kepada anaknya itu seringkas yang mungkin.
Y turut mengakui bahawa dia tidak pernah diejek kerana namanya yang unik itu. Cuma, dia mendakwa bahawa dia mengalami sedikit masalah pada bahagian pentadbiran kerana namanya tidak dapat dimasukkan semasa menduduki peperiksaan di sekolahnya.
Sementara itu, Slamet Sugiyono 57, ayah Y, bercerita tentang asal usul nama Y ini. Dia menjelaskan bahawa Y mempunyai makna yang mendalam. Y diambil dari huruf jawi yang terakhir iaitu Ya dan bererti sempurna.
“Kenapa ambil huruf jawi yang terakhir? Bagi yang terakhir, istilah itu sempurna. Sekiranya huruf jawi tidak ada Ya maka tidak sempurnalah. Saya memberikan nama Y kerana Y ialah sempurna, menyempurnakan,”
Y juga mempunyai nama sepanjang 16 patah perkataan iaitu Ai Nur Siti Dyah Ayu Meganingrum Dwi Pangastuti Lestari Endang Pamikasih Sri Kumalasari Dewi Puspita Anggraini yang diberikan oleh bapanya.
Namun, hanya Y yang menjadi nama rasmi gadis tersebut, dia juga dilaporkan tidak pernah menggunakan nama yang panjang itu.
Fuh.. sekali dapat nama panjang..panjang betul..sekali dah pendek.. tinggal satu huruf je..