Pantang nampak makanan viral habis semua dibalun, akhirnya wanita 27 tahun Sidah Omar Baki menrana menghidapi penyakit kecing manis dan darah tinggi pada seawal umur 19 tahun.
Disebabkan itu penglihatannya kita telah terjejas sehinggakan Sidah terpaksa meninggalkan kejayanya sebagai tukang jahit selepas diserang penyakit itu.
Kini hidup sidah bergantung sepenuhnya kepada ibu Zaipah Mohd Adam, 48, dan adik bongsunya, Abdul Hadi, 21, yang bekerja sebagai pembantu stor di pasar raya.
Hampir semua makanan tular di media sosial terutama makanan manis dan karbohidrat tinggi saya akan cuba kerana beranggapan masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit.”
Disebabkan mindset sebegitu, ia memakan diri Sidah semula apabila dia disahkan menghidap kencing manis ketika berusia 19 tahun pada 2012 sehingga mengalami masalah penglihatan selain terpaksa mengambil insulin dan menghidap penyakit darah tinggi.
Menerusi Harian Metro, Sidah ada kongsikan perkara ini di Facebook dan telah membuka mata netizen untuk memberikan kesedaran kepada mereka.
Dia kini menyesal kerana cuai dalam menyesal menjaga kesihatan sejak dari usia belasan tahun apabila mencuba apa sahaja makanan yang viral. Kebanyakan makanan itu manis dan berkarbohidrat tinggi.
Penyakit kencing manis begitu serius sehingga dia terpaksa mengambil insulin, malah Sidah juga menghidapi penyakit darah tinggi.
“Saya hanya menjalani rawatan susulan di Klinik Kesihatan Hiliran (KKH) selama setahun sahaja kerana sibuk berkerja dan tidak mengambil ubat-ubatan disarankan doktor”
Dia mula menjalani rawatan susulan pada Julai lalu selepas mengalami masalah penglihatan sehingga menyebabkan tidak mampu menunggang motosikal dan bekerja.
Katanya, matanya mula menjadi kabur dan dia segera membuat pemeriksaan di Hospital sebelum doktor mengesahkan ia berpunca daripada penyakit kencing manis.
Sejak itu, Sidah menjalani kehidupan sihat termasuk menjaga pemakanan. Dia kini mengurangkan pengambulan karbohidrat, makanan berlemak dan manis.
Agak memilukan apabila kehidupan anak kelahiran Terengganu ini berubah 360 darjah tidak seperti individu yang sama muda dengannya.
“Kehidupan saya berubah 100 peratus, jika dulu saya yang menguruskan keluarga termasuk membawa ibu menjalani pemeriksaan jantung di HSNZ, namun kini terpaksa meminta bantuan bapa saudara jika ada sebarang kecemasan.”
Lebih hiba lagi, disebabkan penyakit itulah dia tak mampu bekerja dan kini adiknya sahaja yang bekerja untuk menyara mereka sekeluarga sejak kematian ayah pada tahun 2012.
Bantuan sara hidup sebanyak RM200 diterima ibunya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak cukup menampung mereka sekeluarga.
Ibunya, Zaipah bersyukur kerana tidak diserang sakit jantung sehingga terpaksa dikejarkan ke HSNZ selepas anaknya mengalami masalah penglihatan.
“Sebelum ini, semua kerja rumah Sidah yang buat tetapi sekarang kemampuan Sidah terhad sehingga tidak mampu untuk mengupas bawang.
“Tiada perkara lain yang saya harapkan selain penglihatan Sidah kembali pulih seperti sedia kala. Saya bimbangkan masa depannya. Kami sangat mengharapkan bantuan daripada semua pihak,” katanya.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun Maybank 163019794719 atau menghubunginya di talian 013-9711257.