in

Uber dan Grab Diluluskan oleh Kabinet Selepas Teksi Dilaporkan Sering Menipu Pelancong

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari reputasi industri teksi tempatan semakin dicemari oleh beberapa insiden pemandu teksi tidak bertanggungjawab menipu pelancong dengan mengenakan tambang berlebihan.


Kelmarin, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendedahkan bahawa Uber dan Grabcar telah diluluskan oleh Kabinet dan diselaraskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Salah satu sebab utama di sebalik kelulusan ini adalah bagi membendung penipuan pemandu teksi terhadap pelancong yang semakin berleluasa.

Teksi1
sumber: the straits times

Menurut Free Malaysia Today, industri teksi Malaysia terkenal dengan penipuan terhadap pelancong dan persepsi negatif tersebut telah memberi kesan kepada industri pelancongan Malaysia. Namun, dengan kewujudan Uber dan GrabCar pelancong tidak perlu lagi takut untuk datang ke Malaysia memandangkan teksi bukanlah satu-satunya pilihan pengangkutan yang mereka ada.

Pelancong boleh menggunakan telefon mereka dan terus memanggil teksi daripada Uber atau Grab,” katanya.

Nazri berharap industri teksi akan dapat memahami mengapa tindakan begini diambil kerana Malaysia perlu bergerak ke hadapan. Betul jugak tu.

Beliau menasihatkan pengusaha teksi tempatan berhenti memainkan watak mangsa dan menyalahkan kerajaan, sebaliknya belajar cara mempelbagaikan perkhidmatan untuk terus beroperasi.

Kami turut menggalakkan pengusaha teksi tempatan mewujudkan aplikasi sendiri. Ia bukan salah kami jika teksi tempatan ketinggalan. Setiap orang perlu bergerak ke depan dan industri teksi tidak terkecuali.” katanya lagi.

Secara umumnya, kebanyakan orang awam yang menggunakan perkhidmatan GrabCar dan Uber berpuas hati dengan servis yang diberikan. Harga tambang yang ditetapkan berpatutan dan mereka berasa selesa sepanjang perjalanan.

Grab3
sumber: maxit

Sebaliknya, beberapa penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan teksi sebelum ini telah dikenakan harga yang terlalu tinggi walaupun dengan jarak yang pendek. Baru-baru ini, pelancong ditipu dan dikenakan bayaran RM800 hanya untuk perjalanan dari KLCC ke Masjid Negara.

Dengan berita-berita yang memburukkan reputasi negara sebegini, ada betul juga apa yang dikatakan oleh Nazri. Kita perlu keluar daripada zon selesa dan bersaing secara sihat untuk terus kekal bukannya terus merungut.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.