in

UAI Jelaskan Hukum Cas Telefon Dalam Masjid Haram Sebab…

ft UAI kata cas phone di masjid haram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa mengecas telefon ketika berada di dalam masjid itu adalah haram kecuali jika pihak masjid telah mewakafkannya.

Haram sebab tak boleh samakan dengan rumah


Jelas UAI, hukum tersebut boleh jatuh haram kerana masjid bukan seperti rumah sendiri kerana kebanyakan barang telah diwakafkan, menurut Kosmo!

“Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.”

UAI

Kata beliau lagi, ia tidak akan menjadi haram jika masjid ada sediakan soket khas yang ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma kerana harta itu dikira sabil atau wakaf.

“Paling kerap buat dosa, apabila ahli jawatankuasa masjid bawa barang-barang masjid balik rumah. Contohnya pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin.”

UAI juga memberikan rujukan daripada riwayat Imam Nawawi yang meriwayatkan bahawa, haram hukumnya jika orang ramai mengambil wuduk di mesin penapis air di masjid kerana telah diwakafkan untuk diminum sahaja.

pexels markus spiske 216369

Memandangkan bulan puasa bakal menjelang, harap perkara ini dapat disematkan dalam minda kita, kerana disebabkan perbuatan kecil ini sebenarnya boleh menyumbang kepada perbuatan dosa tanpa kita sedar.

Baca : “Penangan UAI” – [VIDEO] Pasukan Bomba Sampai Keluar Perbarisan, Gara-gara Nak ‘Selfie’ Dengan Ustaz Azhar Idrus

bomba uai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.