Kalau korang tengah cari port OOTD yang cantik, berwarna-warni dan tak rasa kekok nak bawa mak ayah atau anak-anak sekali, lokasi seni jalanan memang pilihan paling ngam. Sambil posing sikit-sikit, boleh juga kenalkan family dengan cerita budaya, sejarah bandar dan bakat artis tempatan. Ini boleh dikatakan jalan-jalan santai tapi ada isi, gitu!
Berikut lima lokasi seni jalanan di Malaysia yang bukan saja cun untuk bergambar, tapi masih sesuai untuk outing family.
Tips: Pergi waktu pagi atau petang sikit supaya tak panas sangat dan pastikan jaga kebersihan serta hormat kawasan penduduk setempat ya!
1. Jalan Alor Street Art, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kalau sebut Bukit Bintang, ramai fikir shopping dan lampu-lampu di bandar je, kan? Tapi kawasan Jalan Alor Street Art ni memang boleh jadi port bergambar yang meriah sebab lorongnya dipenuhi mural warna-warni yang nampak hidup dalam gambar. Berdasarkan perkongsian Lemon8 dan Jomjalan, kawasan ini antara spot OOTD popular di KL sebab muralnya cantik dan ruangnya sesuai untuk ambil gambar santai.
Untuk family, datang pada waktu siang atau awal petang sebab pencahayaan natural memang lagi lawa untuk bergambar. Kalau bawa anak kecil, pegang tangan elok-elok sebab kawasan sekitar Bukit Bintang boleh jadi sibuk, terutamanya pada hujung minggu.
2. Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam

Laman Seni 7 di Seksyen 7, Shah Alam ni memang antara lokasi seni jalanan yang family friendly dan tak terlalu serabut. Menurut Libur, Laman Seni 7 diwujudkan sebagai zon kreatif untuk penghayatan seni lukis dan kreativiti, serta terletak berdekatan kawasan i-City. Jadi memang sesuai kalau nak selit dalam itinerary untuk jalan-jalan di Shah Alam.
Vibe dekat sini lebih santai, dengan mural yang sesuai untuk gambar OOTD, gambar kandid anak-anak, atau shot satu family. Warna mural yang terang memang naik dalam kamera, tak perlu edit banyak pun dah nampak ceria.
3. Seni Jalanan George Town, Pulau Pinang

Seni jalanan George Town memang dah jadi ikon Pulau Pinang. Seni jalanan di Pulau Pinang ini merupakan salah satu kawasan tarikan yang berjaya menarik pengunjung dari serata dunia. Kawasan sekitar Lebuh Armenian dan lorong-lorong warisan dekat George Town memang penuh dengan spot bergambar yang bernostalgia, budaya dan old town charm.
Untuk family, lokasi ni best sebab korang bukan sekadar ambil gambar mural, tapi boleh jalan sambil tengok bangunan lama, kedai tradisional dan suasana bandar warisan. Cuma, kalau bawa anak kecil, pastikan korang pilih laluan yang selamat sebab sesetengah lorong ada kenderaan lalu lalang.
4. Kawasan Sungai Melaka, Bandar Hilir & Sekitar Kota Warisan

Kalau korang suka bergambar dengan vibe tepi sungai, bangunan lama dan mural berwarna, kawasan Sungai Melaka memang cantik gila untuk OOTD family. Difahamkan, kawasan Sungai Melaka ini dikelilingi kedai kecil, rumah, kafe, restoran dan bangunan dengan lukisan serta seni jalanan. Oleh sebab itulah, suasananya nampak hidup dalam gambar.
Port ni sesuai untuk korang berjalan santai dengan family sebab korang boleh ambil gambar di beberapa sudut berbeza seperti di tepi sungai, jambatan kecil, dinding mural dan latar bangunan lama.
Aura dia memang lain macam, ada rasa sejarah Melaka tapi masih moden dan meriah.
5. Ipoh Mural Art Trail, Old Town, Ipoh
View this post on Instagram
Kalau korang plan short trip ke Perak, Ipoh Mural Art Trail di sekitar Old Town memang wajib masuk list. Kawasan ini terkenal dengan mural yang menggambarkan kehidupan lama, budaya kopi, suasana bandar warisan dan cerita komuniti setempat. Ia memang ngam untuk ambil gambar keluarga yang nampak klasik tapi still cantik.
Vibe Old Town Ipoh ni lebih slow dan santai, sesuai untuk keluarga yang nak jalan-jalan sambil explore. Korang boleh pilih beberapa mural utama, berhenti ambil gambar, kemudian sambung jalan tengok seni bina lama sekitar kawasan tersebut.
Ha, antara lima lokasi ni, mana satu yang korang rasa paling kena dengan vibe OOTD family korang? Kalau ada port seni jalanan halal-friendly dan sesuai bawa keluarga yang kami terlepas, share lah. Boleh kita tambah dalam senarai jalan-jalan next time!
Sumber: Libur
