in

TV3 Kena Bayar RM1.1 Juta Sebab Fitnah Anwar Ibrahim

49F8C3B1F47Cf315Da6311Cead57Fec4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan lepas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan untuk membayar RM1 Juta kepada Nurul Izzah kerana memfitnah ahli parlimen Permatang Pauh tersebut.

Kali ini stesen televisyen terkenal TV3 pula ditimpa nasib yang sama atas sebab yang sama.


TV3 kena bayar RM1.1 juta pada Anwar Ibrahim

Menurut Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) membayar RM1.1 juta kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidee Ibrahim selepas TV3 memfitnah Anwar dalam laporannya.

Anwar Ibrahim
sumber: berita daily

 

Fitnah yang dikeluarkan TV3

TV3 dikatakan memfitnah Anwar dengan mendakwa ketua umum PKR itu sebagai dalang dalam serangan di Lahad Datu pada 2013. So mahkamah memerintahkan TV3 membayar sejumlah berikut kepada Anwar Ibrahim.

  • RM600,000 ganti rugi am
  • RM250,000 ganti rugi teruk dan teladan
  • RM250,000 ganti rugi teladan
  • RM40,000 bayaran kos

Jumlah keseluruhan bayaran yang perlu dibuat oleh TV3 kepada Anwar Ibrahim adalah sebanyak RM1.14 juta.

B6Df67B60Db12Fb32Ca6D8F79C83968E
sumber: emaze

 

TV3 berkeras siar fitnah

Menurut Bernama, hakim mendapati TV3 gagal mengambil tindakan sewajarnya sebagai wartawan bertanggungjawab untuk membuat pengesahan daripada Anwar sebelum menyiarkan laporan berita tersebut.

“Mengikut keterangan saksi defendan, mereka menyiarkan laporan berita itu berdasarkan artikel daripada Utusan, tetapi akhbar itu telah mengakui bahawa artikel itu tidak benar dan fitnah terhadap plaintif (Anwar Ibrahim). Bagaimanapun, TV3 berkeras dan tiada penyelesaian dibuat antara TV3 dan plaintif,” kata Ahmad Zaidee.

“Terdapat niat jahat dalam laporan berita itu, ini dapat dilihat daripada tindak-tanduk CEO TV3, walaupun Utusan Malaysia sudah mengakui berita yang diterbitkan palsu tetapi TV3 masih berkeras.”

49F8C3B1F47Cf315Da6311Cead57Fec4
sumber: malaysiakini

Anwar memfailkan saman terhadap pihak berkenaan pada 8 Mac 2013 yang lalu. Hah kan dah kena bayar jutaan ringgit sebab saja-saja nak fitnah orang.

Baca: Bekas Ketua Polis Negara Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Sebab Fitnah Nurul Izzah  

Izzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.