in

“Tunggu sambil depakan tangan” – Lelaki Dihempap Ketika Cuba Sambut Anak Yang Terjun Dari Tingkat 25, Dua-dua Mati

Page 49

Seorang remaja cuba untuk bunuh diri dengan lompat dari bumbung bangunan 25 tingat di Lu Country, wilayah Sichuan, China dan jatuh di atas bapanya yang sedang menunggu di bawah untuk cuba selamatkan anaknya. Malangnya, dua anak beranak ini menemui ajal di tempat kejadian.

Menurut Sing Tao Daily, insiden ini berpunca dari pergaduhan yang berlaku antara bapa dan anak ini selepas remaja tersebut enggan hadir ke kelas piano yang diadakan di tingkat bawah bangunan yang sama.

2020082313042597064

Sebelum remaja ini terjun, beberapa orang yang berkumpul di tingkat bawah telah diminta untuk menjauhkan diri, namun menurut seorang saksi, bapa remaja itu tak mahu bergerak dari kedudukannya dan bila anaknya terjun, lelaki ini cuba berlari dalam usaha untuk sambut anaknya.

Menyedihkan, impak gadis yang terjun dari bumbung bangunan tinggi ini telah menghancurkan dirinya dan bapa yang menyambutnya.

2020 0822 Eb0Aefe4J00Qfglka00Kdc000J600Y3C

Seorang lagi saksi di tempat kejadian pula mengatakan yang bapa ini telah menunggu anaknya dengan mendepakan tangan dengan harapan anaknya dapat diselamatkan.

Video kejadian ini telah dirakamkan oleh orang yang berada di situ namun pihak berkuasa telah memberi amaran supaya orang ramai berhenti kongsi video tersebut.

 

Baca: “Mayat masih dicari” – [VIDEO] Rakaman Dashcam Detik Ketika Lelaki Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Viral di FB

Screenshot 2020 08 27 At 3.13.23 Pm

Sumber: Net Ease