Tahun lepas, Malaysia diduga dengan banjir besar yang teruk di kawasan Lembah Klang yang menyebabkan ramai mengalami kerugian yang besar.
Pun begitu, kita dapat lihat rakyat Malaysia bersatu-padu membantu sama sendiri bagi meringkan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam tersebut.
Antara sukarelawan yang mendapat perhatian termasuklah Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva yang telah membawa kereta jenis Perodua Viva beserta sebuah bot daripada Melaka bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Kemurahan hati Abang Viva itu melayakkan beliau menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Melaka bersempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam pada bulan Ogos lalu.
Hari ini, Abang Viva difahamkan telah menikah dengan seorang gadis bernama Evanoza D, berita gembira itu diumumkan oleh jurugambar Aziziang Photography menerusi Facebook miliknya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0HsfgYaeRyM92scXExUsDKqQ4P7j3Hrjzm3VHs81A6gp4tuo43jadWqjcnBo6JxvHl&id=100083439516260
Pun begitu, hari ini tular sebuah posting di Facebook di mana seorang individu yang didakwa ahli keluarga Abang Viva mengeluarkan rasa sedihnya kerana dikatakan keluarga mereka tidak mengetahui perkahwinan Abang Viva dan pasangannya.
“Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami buruk dan busuk.
Mak ayah saya dan anak-anak buah saya tak layak duduk sama tinggi dengan mereka. Hanya beban yang akan menyusahkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka.” tulis luahan itu.
Perkara itu mendapat perhatian netizen, bagaimanapun Abang Viva menerusi Facebook miliknya memberitahu beliau akan membuat live pada malam ini bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.
https://www.facebook.com/azwan1992/posts/pfbid02bBXSP3dYGrRkqUGkwEv72rUbDUtABGYWp35G3L3AKgvykrDBRKxjpDwACkks8eKXl
Hmm, harap tak ada pergaduhan lah…
Baca: Abang Viva Teruja ‘First Time’ Bawa Triton, Selamat Tiba di Terengganu Untuk Misi Banjir