in

“Tunggu bagi dia besar sikit”- Neelofa Minta Sedikit Masa Sebelum Kongsi Wajah Anak

Neelofa Minta Waktu Tunjuk Muka Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah artis selesa menunjukkan rutin harian anak mereka di media sosial tapi bukan Neelofa, yang lebih memilih untuk berhati-hati dengan menutup muka anaknya setiap kali ingin memuat naik gambar Bilal.


Pengacara popular, Neelofa memohon sedikit waktu untuk berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal walaupun terdapat segelintir pihak yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan di media sosial, lapor Harian Metro.

Penyakit ‘Ain itu sememangnya wujud

2 17

Neelofa menjelaskan bahawa sebagai ibu, dia mahukan yang terbaik untuk anak kesayangannya. Dia turut menegaskan yang penyakit ‘Ain ada dalam hadis sahih dan tidak boleh dipandang ringan.

Sebelum ini, artis popular berkenaan tidak mendedahkan wajah anaknya sehinggakan mendapat kecaman ramai kerana mahu memelihara kesejahteraan dan menjaga kesihatan anaknya.

“Tunggu bagi dia besar sikit. Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak” – Neelofa

Mahu anak membesar seperti kanak-kanak normal lain

3 13

Neelofa turut menegaskan yang dia mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain dan beri privasi pada Bilal. Menurutnya lagi, dia sangat berterima kasih kepada pihak tertentu termasuk selebriti yang bersetuju dengan tindakan menutup wajah anaknya di media sosial.

Dia turut mengambil contoh artis terdekat, Elly Mazlein tentang anaknya yang kelihatan lebih ceria dan gembira ketika berada di sekolah kerana orang ramai tidak kenal siapa ibu bapanya.

Bukan itu sahaja, artis kesayangan ramai ini juga memaklumkan bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk menjaga kesihatan mental kanak-kanak dan turut kasihan jika anaknya dikerumuni orang awam semata-mata untuk mengambil gambar.

Rasanya hak masing-masing untuk tunjukkan muka anak di media sosial. Apa pendapat korang?

Baca: “Kalah orang dapat KWSP” – Anak Neelofa Dapat Duit Raya Sampai RM14k?”

1 18

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.