Berlegar-legar di media sosial sekarang kononnya tentang artikel yang ditulis bekas editor akhbar tempatan, A Kadir Jasin berkenaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang berjumlah RM256.9 juta.
Betul atau tidak, admin dan pihak media lain masih tak dapat nak pastikannya. Namun melalui sidang media mesyuarat Kabinet kali ke-3 yang diadakan sebentar tadi, Tun M mengesahkan yang beliau masih belum membaca artikel tersebut, lapor FMT.
“Saya tak tengok artikel itu, saya dengar orang cerita sahaja. Dia (Kadir) kata, tapi saya nak kena tengok betul atau tidak, perbelanjaan untuk berapa tahun? Setahun ke, 10 tahun ke, saya tak tahu. Saya kaji, tengok. Saya maklum nanti,” jelas Tun M.
Menerusi catatan blog yang ditulis Kadir yang juga pemimpin pusat BERSATU, dia mengulas tentang perkenan dan keyakinan Agong dalam melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Tambahnya dalam artikel tu, kerajaan dah peruntukan YDPA dengan RM256.9 juta selama 16 bulan sehingga April 2018 untuk pelbagai tujuan termasuk perbelanjaan rumah isterinya. Aikk Agong ada isteri?
“Selama 16 bulan, sehingga April tahun ini, keseluruhan RM256.9 juta telah diperuntukkan kepada yang di-pertuan agong untuk tujuan penginapan, tempat tinggal, istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, latihan dan peralatan pengiring, pakaian dan barangan istiadat, hadiah dan cenderahati, lawatan luar negara dan gaji kakitangan istana,” tulis Kadir.
Diharapkan netizen bersabar terlebih dahulu sebelum lemparkan sebarang tuduhan terhadap YDPA. Biar Tun M dan anggota Kabinet teliti isu ini. Jangan tergesa-gesa nak mengecam.
Sama-sama kita nantikan siasatan mengenai tuduhan ini!
Baca: Agong Perkenan Lantikan Tommy Thomas