in

Tumbuk, Tendang Sebab Kena Tegur Buat Bising

Pukulorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Tumbuk, Tendang Sebab Kena Tegur Buat Bising
Loading
/

Tegur pun tak boleh!


Seorang wanita berusia 26 tahun tak pasal-pasal kena pukul hanya sebab beri teguran. Menurut Harian Metro, wanita tu dengan suami dia naik dua motosikal berasingan dan lalu kat satu kawasan ni nak pergi ambil anak dorang kat rumah saudara.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, R Munusamy menceritakan bahawa waktu tu lah dorang terserempak dengan sekumpulan lelaki mabuk dan dua lagi individu menaiki motosikal buat bising kat kawasan permainan berhampiran.

Sumber: Facebook

“Kedua-dua lelaki itu membuat provokasi terhadap mangsa dengan membunyikan ekzos bingit menggunakan motosikal Yamaha 125Z ditunggang.”

“Mangsa kemudian menegur suspek, namun dihambur kata-kata kesat sebelum berlaku pertengkaran.”

“Seorang daripada suspek menyerang mangsa wanita dengan menumbuk dan menendangnya di bahagian tangan kanan serta kaki kiri. Suami mangsa cuba menyelamatkannya daripada terus diserang, namun dua lelaki terbabit terus memukulnya.”

Omg1
sumber: facebook

Tapi lepas tu suspek larikan diri kebahagian belakang kawasan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Jinjang Utara. Penduduk kemudian berpakat untuk kejar suspek dan pukul balik. Kan dah kena!

“Mereka bagaimanapun dikejar dan dipukul penghuni perumahan berkenaan kerana tidak puas hati dengan tindakan dua suspek terbabit memukul mangsa,” kata Munusamy.

Kayu
sumber: facebook

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan menggunakan senjata. Kan dah kena bantai balik. Sape suruh pukul orang.

Baca: Tergamak Tumbuk Nenek Tua Sebab Ini Je?

Siannenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.