in

Tular Wujud Aktiviti Tak Bermoral Dalam Kem ATM, Kementerian Pertahanan Arah Siasatan Dilakukan

ft kem tentera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, muncul pendedahan ‘sisi gelap’ yang dikatakan wujud dalam sebuah kem ketenteraan di Malaysia. Ia menjadi tumpuan orang ramai apabila banyak perkara yang terbongkar berkenaan dengan kehidupan pegawai di dalam kem itu.

Terpanggil dengan penularan isu tersebut, Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius itu dakwaan berhubung dengan kemasukan individu-individu yang berkaitan serta aktiviti yang tidak bermoral seperti yang terpapar dalam akaun media sosial tersebut.


Artikel berkaitan : Dengan ‘Template’ Baru, Pelatih PLKN 3.0 Bakal Jalani Latihan Di Kem Tentera

Artikel berkaitan : Kemajuan Postal Forum 2025, Indikator Perlindungan Pengguna Lebih Terjamin 2026

Gesa lakukan siasatan 

Susulan itu, pihak Kementerian Pertahanan telah menggesa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan siasatan dalaman dengan kadar segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

“Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.”

Tegas mereka, jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa.

Screenshot 2026 01 05 111837

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.

Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.