in

Tular Video Wanita Dapat ‘Appointment’ Hari Klinik Tutup, Jabatan Kesihatan Kedah Buka Siasatan

Klinik Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai rakyat Malaysia yang lebih suka menggunakan fasiliti kesihatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kerana sistemnya yang teratur dan juga harganya yang jauh lebih murah berbanding fasiliti perubatan swasta.


Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita mendakwa dirinya diberikan tarikh temu janji yang salah di mana klinik kerajaan tersebut tidak beroperasi pada tarikh tersebut.

@syasyafsl

Lepastu bila tanya, kata salah tengok calendar. Padahal dah 3 kali tanya nak tukaq tarikh dan nurse tu sendiri tahu tarikh dia bagi tu hari Jumaat iaitu dimana hari klinik ?? #kkm #klinikkesihatan #fyp

♬ original sound – Syasya Aina – Syasya Aina

Kejadian tersebut berlaku di Alor Setar, Kedah, seorang wanita mendakwa diberikan tarikh temujanji yang salah untuk pengambilan sampel darah di makmal klinik kesihatan.

Tarikh yang diberi didakwa pada Jumaat, 5 Ogos lalu dan itu merupakan cuti hujung minggu di Kedah, sudah pastinya klinik kesihatan dan makmal berkenaan tidak beroperasi.

Menurut kenyataan pengguna TikTok @syasyafsl, dia telahpun memberitahu Staff Nurse (SN) yang memberikannya tarikh temu janji pada hari di mana klinik dan makmal tidak beroperasi tetapi dia masih diberikan tarikh tersebut.

“Tapi disebabkan SN marah saya tak bagi tukar ke hari Ahad & dia suruh ikut jugak tarikh appt hari Jumaat, saya husnuzon mungkin lab bukak.” tulisnya. 

Menurut laporan Kosmo!, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, pihak jabtan telahpun mengambil maklum mengenai insiden tersebut bagaimanapun sampel darah sudah diambil dua hari selepas kejadian iaitu pada Ahad.

“Jabatan ini juga sudah menghubungi pengadu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Beliau menerima baik permohonan maaf berkenaan.

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden ini agar langkah penambahbaikan lebih khusus dapat diambil bagi mengelak ia berulang,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya sudah memulakan siasatan dan memandang serius insiden yang berlaku itu.

Baca: “They treat me better” –  Dikecam Ramai Doktor, Wanita Respon Kenapa Pertahan Klinik Swasta

Ft Wanita Reson Doktor Klinik Kesihatan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.