in

Tular Video ‘Uncle’ Ditarik Keluar Gara-gara Nak Beri Laluan VIP Masuk Lif?

Lelaki Ditarik Kolar Bagi Laluan Vip Masuk Lif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah kini boleh dikatakan antara lokasi panas di negara kita kerana pasti ada saja kes berprofil tinggi sedang dibicarakan di sana termasuklah kes melibatkan VIP seperti bekas Perdana Menteri dan ketua parti di negara ini.


Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan situasi di mahkamah ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 69, tiba untuk perbicaraannya dan ingin memasuki lif.

 

Uncle kena tarik kolar kerana nak beri laluan VIP masuk lif? 

Menerusi video yang dikongsikan wartawan Melissa Goh di Twitter, satu insiden mengejutkan dilihat berlaku apabila seorang ‘uncle’ berbaju kotak merah putih telah ditarik di bahagian kolarnya dari belakang ketika ingin memberi laluan bagi rombongan VIP memasuki lif tersebut.

Sebaik kolar uncle terbabit dilepaskan, dia dilihat mengusap bahagian lehernya yang mungkin sakit akibat tercekik. Alahai kesiannya… 

 

“Tak bagi masuk takpe, tapi cara dia tarik tu bikin gaduh” 

Video yang tular itu kemudian mendapat kecaman hebat netizen yang menganggap rombongan VIP berkenaan tidak wajar memperlakukan uncle terbabit sedemikian memandangkan dia sudah awal berada di depan lif.

Malah ada juga yang mengatakan tindakan individu yang menarik kolar lelaki berkenaan sebagai biadap.

Hormatilah Orang Jangan Tarik Kolar

Ish macam-macam ye. Meskipun admin rasa bodyguard VIP tu terpaksa ‘tarik’ uncle tu sebab ia sebahagian daripada tugasnya, tapi rasanya tak best juga kalau berlaku kekerasan macam tu. 

Baca: Buat Content TikTok Dedah Wajah OKT Masa Ke Mahkamah, Anggota Beruniform Boleh Berdepan Tindakan

Court

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.