in

Tular Video Pemandu Kereta Mewah Rempuh 6 Kenderaan, Rupanya Positif Dadah

Lexus Rempuh Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video telah tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta mewah dilihat merempuh 6 buah kereta lain dan mengakibatkan kerosakan.

Dalam kenyataan media Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim, kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Bukit Jalil, dari arah bangunan Astro menghala ke Bulatan Lumba Kuda.


https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1632526104832643072?s=20

Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila pemandu kereta jenis Lexus yang dipandu oleh lelaki berusia awal 40-an itu hilang kawalan kemudian melanggar 6 buah kenderaan lain yang sedang berhenti untuk lampu isyarat di lorong kiri dan kanan jalan tersebut.

Kemalangan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kematian namun menyebabkan kerosakan yang banyak kepada kereta-kereta terlibat.

Selain itu, pemandu kenderaan Lexus telah ditahan untuk siasatan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan hasil siasatan mendapati pemandu berkenaan positif dadah jenis ganja (THC), dia kini sedang ditahan di IPD Dang Wangi.

Pihak polis turut menyatakan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999.

Baca: Lelaki Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Selepas Ditegur Buat Bising

Pemandu Mabuk Buat Bising

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.