Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas dipukul oleh seorang pemuda yang didakwa pemilik tapak glamping di Melaka.
Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat pemuda itu mengasari nenek tersebut dari belakang hingga terjatuh.
Katanya, nenek tersebut dipercayai tidak berpuas hati terhadap pemilik glamping berkenaan kerana selalu membakar sampah di kawasan terbabit.
Video CCTV itu telah mencetuskan perdebatan antara netizen dan rata-ratanya berang dengan apa yang berlaku ke atas nenek tersebut.
Artikel berkaitan: “Duduk dengan awek serumah tanpa nikah” – Jiran Bengang Ammar Nazhan ‘Buat Hal’, Siap Ada Kes Polis
Katanya nenek tak puas hati owner tapak Glamping selalu bakar sampah belakang rumah. Nenek pergi sound lepastu kena pukul dgn owner. pic.twitter.com/G7nLFQKUV8
— Café Clope Caca (@kekhalid) January 28, 2024
Bagaimanapun, setiap pihak iaitu dari pihak nenek dipukul dan pihak glamping telah tampil memberi penjelasan mengenai insiden itu.
Penjelasan cucu nenek yang dipukul
Menerusi perkongsian cucu kepada nenek yang dipukul, Grace Tai mendakwa pihak glamping terbabit tidak bertanggungjawab dalam menangani sampah, bahan buangan dan sisa pengubahsuaian sehingga menjejaskan kesihatan neneknya yang berjiran dengan tapak glamping itu.
Katanya, mereka telah berbincang dengan pemilik glamping namun ia hanya menyebabkan pertengkaran sehingga mereka terpaksa melaporkan kepada pihak berkuasa.
Dakwanya, neneknya telah dipukul ketika bersendirian di rumah dan menyifatkan tindakan itu sudah keterlaluan.
Menurut Grace, keluarganya telah membuat laporan polis dan buat masa sekarang mereka masih menunggu keputusan polis dan berharap kes ini dipandang serius.
Pihak glamping dakwa video pukul disunting
Bagaimanapun, pihak glamping meminta orang ramai agar mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Menurutnya, video yang tular di media sosial itu telah disunting dan tidak menunjukkan situasi sebenar kejadian tersebut.
Jelasnya, nenek yang dipukul dalam video itu pada awalnya telah memukul nenek yang bekerja di glamping mereka.
Maklumnya, pergaduhan antara dua pihak sudah bertahun terjadi dipercayai atas rasa tidak puas hati.
Jelasnya lagi, jiran terbabit sering membuat aduan tentang sampah di kawasan glamping itu tetapi pihaknya mendakwa sampah itu adalah sampah domestik yang akan dikutip pihak majlis pada setiap hari.
Pihaknya tidak menafikan berlaku pergelutan seperti dalam video tersebut tetapi pekerja mereka hanya mahu mempertahankan diri.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terkesan dengan kejadian ini telah pun membuat laporan polis.