in

Tular Video Bomba Keluarkan Kambing Yang Dimakan Ular Sawa, Ini Sebabnya…

Kambing Tarik

Kalau bercakap tentang ular sawa, pasti ramai yang gerun kerana walaupun ular ini dilihat tidak membahayakan kerana ia tidak mematuk, namun ia berupaya membelit dan membaham mangsanya hingga menyebabkan kematian.

Pun begitu, menurut Kosmo, seorang lelaki dilaporkan terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham seekor kambing di Felda Inas, Kulai semalam.

Whatsapp Image 2022 09 28 At 17.25.28

Ular berkenaan yang seberat 80 kg dan sepanjang 6 meter itu telah berjaya ditangkap sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai.

8 orang anggota bomba yang telah bergegas ke lokasi itu juga mendapati ular tersebut berada dalam keadaan tidak bergerak ketika berada dalam kandang tersebut.

Bomba tarik keluar kambing dari mulut, netizen tertanya-tanya kenapa? 

Selain itu, tular juga di Twitter memaparkan video pasukan bomba dilihat menarik keluar kambing daripada mulur ular sawa berkenaan.

Seakan akur dengan situasi itu, ular sawa itu juga dilihat memuntahkan kembali kambing yang telah ditelannya selepas ditarik keluar oleh anggota bomba di tempat kejadian.

Tarik Kambing

Korang boleh tengok video penuh kat sini.

Video itu jelas menimbulkan pertanyaan netizen yang tidak faham mengapa kambing tersebut perlu ditarik keluar dan ada juga yang kasihan dengan nasib ular berkenaan yang tidak dapat menikmati ‘makanannya’.

Kesian Kat Ular

“Sekiranya rasa terancam, dia akan muntahkan semula untuk ‘lari’ dari situ” 

Namun menerusi penjelasan beberapa orang netizen, perkara tersebut dilakukan oleh anggota bomba kerana ular sawa tersebut didakwa akan memuntahkan makanannya yang bersaiz besar berdasarkan 3 situasi seperti di bawah:

Hadam

Ada juga yang berpendapat tindakan itu mungkin dibuat kerana agak berat untuk mengangkat ular tersebut bersama kambing yang ditelannya, jadi terpaksalah keluarkan kambing berkenaan dari mulut si ular.

Apa-apapun bagus juga penjelasan yang diberikan netizen-netizen ni. Dapat ilmu baru hari ni ye! 

Baca: “Hati-hati mengejar likes” – Bapa Jatuh Motor Tapi Anak Tak Tolong, Video Tular Rupanya Ada ‘Backstory’

Bapa

Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter