Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis selepas satu rakaman video yang memaparkan perbuatan mencederakan menggunakan senjata serta penderaan terhadap pelajar sebuah madrasah di Kota Kinabalu, Sabah tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu susulan penularan video berkenaan.
Artikel berkaitan: “Ada yang melabur jutaan ringgit” – Terdapat Madrasah Di Kelantan Mungkin Jadi Lokasi Ubah Wang Haram
Artikel berkaitan: Kes Pelajar Kolej Vokasional Maut Dibelasah: 107 Kesan Kecederaan Pada Tubuh Mangsa, Dianiaya 13 Rakan
View this post on Instagram
“Kejadian tersebut melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa.
“Bertindak atas maklumat yang diterima, polis telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sebelum ini, sebuah video memaparkan kejadian berkenaan dimuat naik oleh penyanyi rap dan aktivis, Caprice, menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba hitam bertindak ganas dengan menghentak menggunakan topi keledar, selain memukul dan menendang beberapa pelajar yang sedang duduk di balkoni.
