Baru-baru ini tular di media sosial tentang video seorang pelancong asing yang membaca potongan ayat Al-Quran di hadapan kuil Hindu di Batu Caves, Selangor.
Video tersebut kemudiannya tular dan kecoh diperkatakan di media sosial kerana telah menyentuh sensitiviti agama di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum dan agama.
Pelancong asing tersebut yang dikenali sebagai Abdeen itu kemudiannya memohon maaf kerana tindakannya itu telah mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pelbagai masyarakat di negara ini.
Pelancong asing itu memohon maaf tentang tindakannya itu dan dia mengatakan dia tidak tahu bahawa Batu Caves adalah tempat ibadat agama Hindu kerana dia pada mulanya hanya menganggap Batu Caves sebagai lokasi bersejarah, lapor Sinar Harian.
Artikel Berkaitan: “Memang ikon perpaduan!” – Mekyun Beri Limau Di Setiap Tempat Ibadah Sempena Tahun Baru Cina
Artikel Berkaitan: “Diadakan setiap tahun” – Video Konsert Di Kelantan Tular, Rupanya Ia Acara Keagamaan?
@abdeentube Assalamo alaikom, here is a quick update about my last video in Batu Caves. My sincere apologies again ? #batucaves #islam #religion #malaysia
Harapnya pelancong-pelancong asing akan lebih peka dengan sensitiviti hidup bermasyarakat orang Malaysia jika mereka datang melancong ke negara ini selepas ini.
Diharapkan juga semua pelancong luar negara dan termasuklah juga rakyat Malaysia sendiri akan sentiasa menghormati setiap agama, budaya dan kaum di Malaysia.
Jangan semata-mata untuk content media sosial, kita sanggup buat perkara yang boleh memecahbelahkan mana-mana pihak.
Sumber: Sinar Harian, TikTok