in

Netizen Kritik Tindakan Pelancong Mat Saleh Cuba Nak ‘Hitchhike’ Kereta Untuk Ke Taman Negara

pelancong asing hitchhiking di Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan dua orang pelancong asing mahu cuba menumpang kenderaan untuk ke destinasi yang dituju mereka iaitu Taman Negara baru-baru ini telah dikecam oleh warganet di TikTok.

Kedua-dua pelancong asing itu telah memuat naik video mereka menunggu di tepi jalan kerana mahu menumpang mana-mana kenderaan yang sudi membawa mereka ke Taman Negara menerusi TikTok beberapa hari lalu.


Dalam video yang berdurasi selama 21 saat itu, dapat dilihat kedua-dua mereka iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berada di tepi jalan raya di kawasan tol sambil memegang kadbod yang tertulis TAMAN NEGARA dalam huruf besar.

Ini kerana mereka mahu menumpang mana-mana kenderaan yang lalu di kawasan itu yang sudi membawa mereka ke destinasi tersebut.

@silkyrontheroad

Would you pick us up? ? Hitchhiking in Malaysia… It went well! #hitchhiking #malaysia #fyp #travelmalaysia #hitchhikingcouple

♬ Malaysia ways – Usman Bee

Artikel Berkaitan: Netizen Bengang Pelancong Dah 9 Tahun Mengembara Mengemis Di R&R, Gesa Pihak Berwajib Ambil Tindakan

Artikel berkaitan: “Selalu nampak dengan anjing dia” – Buat ‘Onar’ Di Tengah Jalan Raya, Minah Salleh Ditahan Orang Awam

Untuk pengetahuan semua, tindakan menumpang kenderaan secara percuma seperti ini dipanggil hitchhiking dalam Bahasa Inggeris.

Pada penghujung video tersebut, dapat dilihat bahawa sebuah lori telah menumpangkan mereka berdua.

Walau bagaimanpun, menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat rata-rata netizen mengkritik tindakan kedua-dua pelancong asing itu yang menumpang kenderaan untuk ke destinasi mereka kerana dianggap seperti mengambil kesempatan atas kebaikan rakyat negara ini.

Selain itu, ada juga warganet yang mengatakan pelancong asing ini tidak sepatutnya melakukan perkara seperti ini kerana jika kita rakyat Malaysia yang berbuat demikian di negara mereka, belum tentu ada yang sudi membantu kita. Silap-silap kena tahan dengan imigresen atau polis dorang kan. 

8 1

Namun, pelancong mat saleh ini mengatakan mereka gemar melakukan hitchhiking ini kerana mahu bertemu dengan penduduk tempatan.

9 1

10 1

Apa pula pendapat korang tentang pelancong asing yang bersikap macam ni? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.